top of page

Bagaimana Saya Pasti Ke Syurga Selepas Mati?





Adakah kamu pasti bahawa kamu mempunyai hidup yang kekal dan akan pergi ke syurga selepas mati?


Tuhan mahu kamu mengetahui hal ini dengan pasti! Kitab Injil menyatakan:


“Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu mempunyai hidup sejati dan kekal.”(1 Yohanes 5:13).


Bayangkan kamu sekarang berdiri di hadapan Tuhan dan Dia bertanya kamu, “Mengapa Saya perlu benarkan kamu masuk ke syurga?” Kamu mungkin tidak tahu apa yang hendak dijawab. Kamu hanya perlu tahu bahawa Tuhan telah menyediakan satu cara yang memberitahu kita dengan pasti di mana kita akan berada selepas mati.


Kitab Injil menyatakan: “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” (Yohanes 3:16).


Mula-mula, kita perlu tahu apakah yang menghalang kita ke syurga. Masalahnya ialah – dosa semulajadi kita yang merosakkan hubungan kita dengan Tuhan. Kita ialah orang yang berdosa secara semulajadi dan juga mengikut suka hati sendiri.


“Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.”(Roma 3:23).


Kita tidak boleh menyelamatkan diri sendiri.


“Hal ini demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu.” (Efesus 2:8-9).


Kita patut pergi ke neraka dan mati selama-lamanya kerana “Kematian adalah upah dosa” (Roma 6:23).


Tuhan adalah suci dan adil dan mesti menghukum dosa, tetapi Dia mengasihi kita dan menyediakan pengampunan dosa.


“Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6).


Yesus mati untuk kita di atas salib:


“Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya dia boleh memimpin kamu kepada Allah. Dia dibunuh dalam keadaan jasmani tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.” (1 Petrus 3:18).


Yesus bangkit daripada kematian:


“Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah.” (Roma 4:25)


Maka, kembali kepada soalan asal - :


“ Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?”


Jawapannya ialah – percayalah kepada Tuhan Yesus lalu kamu akan diselamatkan – kamu dan keluargamu (Kisah Para Rasul 16:31).


“Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah” (Yohanes 1:12).


Kamu boleh menerima hidup kekal sebagai hadiah percuma.


“Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah” (Roma 6:23).


Kamu boleh mempunyai hidup yang bermakna sekarang. Yesus berkata: “tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.” (Yohanes 10:10).


Kamu boleh hidup kekal dengan Yesus di syurga, kerana Dia berjanji: “Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku, supaya kamu tinggal di tempat Aku tinggal.” (Yohanes 14:3).


Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan mendapat pengampunan daripada Tuhan, berikut ialah satu contoh doa yang kamu boleh lafazkan.


Doa tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi kepercayaan kepada Yesus Kristus yang mendatangkan pengampunan dosa.


Doa hanya satu cara untuk menunjukkan iman kamu kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah menyediakan pengampunan dosa.


"Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya kepada Tuhan demi pengampunan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu! Amen!"


Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini?


Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.












Kommentare


bottom of page