top of page

Bagi Tuhan Semua Penting




"…mereka yang dianggap sebagai pemimpin Kristian, tidak menganjurkan apa-apa yang baru. Aku berkata demikian kerana aku tidak memandang kepada kedudukan mereka, kerana Allah pun tidak memandang kepada rupa orang....” Galatia 2:6

 

Sejak pertobatan Paulus, dia dengan sangat giat memberitakan Injil kepada semua orang sehingga banyak orang bukan yahudi menjadi percaya, Oleh kerana itu Paulus sedar bahawa pemberitaan Injil bukanlah tugas pribadinya sendiri sahaja tetapi tugas gereja secara umum. Dengan itu dia berkunjung ke Yerusalem untuk mendapat sokongan daripada gereja dan pemimpin-pemimpin kristian di sana, "agar gereja yang terdiri dari orang-orang bukan yahudi (Antiokhia) diterima ke dalam persekutuan dengan gereja Yerusalem.

 

Sebab bagi Tuhan semua orang sama penting, dengan itu tidak ada seorang pun boleh menganggap bahawa mereka orang yang lebih penting. Injil adalah untuk semua orang dan bukan hanya untuk segolongan orang sahaja. Tetapi Injil adalah untuk semua orang yang mahu menerimanya. Sebab Tuhan melihat semua orang sama penting dan berharga.

 

Ingat “….anda adalah orang yang sangat istimewa dan sangat penting bagi Tuhan, dia datang dan mati dikayu salib untuk semua kita, agar dosa kita diampuni dan kita mendapat kehidupan yang kekal….” Anda penting bagi Tuhan.

 

Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap terima kasih kerana menerima saya sebagaimana adanya saya, Engkau datang dan menyerahkan nyawaMu semata-mata untuk menyelamatkan saya. Terima kasih Tuhan Yesus, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page