Salam Kasih didalam Tuhan Yesus Kristus, pada hari yang sangat mulia ini, saya ingin mengongsikan sebuah renungan untuk kita renungankan bersama-sama, yang berkata “..bagi Tuhan tiada yang mustahil..”.
Daripada permulaan sewaktu Tuhan menciptakan seluruh dunia ini melalui “..FirmanNya..” Dia hanya berkata “..berfirmanlah Dia, segalanya terjadi tanpa ada halangan, semuanya dijadikan Tuhan dengan luarbiasa sebab Dia Tuhan yang luarbiasa..”. dengan kata lain ..daripada tiada menjadi ada..
Oleh itu marilah kita datang kepadaNya dan berseru kepadaNya untuk bimbingan dan pertolongan pada hari ini. Sebab bagi diriNya tidak ada yang mustahil, segala perkara dibawah kuasaNya. Dengan itu kita tidak ada lagi keraguan dengan janjiNya untuk menolong setiap kita sebab bagiNya tidak ada yang mustahil.
Lukas 1:37 Sebab, tidak ada hal yang mustahil bagi Allah.....”
Berdasar pada dua peristiwa yang dicatatkan oleh injil Lukas ini, iaitu Elisebet yang mengandung pada usia yang sangat tua dan Maria yang mengandung daripada Roh kudus pada umur mudanya yang belum kahwin, berdasar pada dua peristiwa ini berkata kita boleh berkata Tuhan kita adalah luarbiasa.
Dia adalah Tuhan yang luarbiasa yang bererti Dia boleh melakukan apa-apa sahaja didalam kehidupan kita tanpa memerlukan bantuan daripada mana-mana pihak. Sebab dari awal penciptaan bumi ini, kita sudah mengenal siapa peribadi Tuhan kita. Dia adalah Tuhan yang menciptakan sesuatu daripada tiada menjadi ada. Dengan kata lain Dia tidak memerlukan apa-apa untuk menjadikan sesuatu.
Perbuatan Tuhan yang luarbiasa ini sudah dinyatakan sejak daripada permulaan penciptaan dunia sehingga sekarang ini, dimana Dia menyatakan bahawa Dia adalah Tuhan yang luarbiasa dengan memberikan anak kepada Elisebet pada usianya yang sangat tua, dimana Elisebet sudah mati haid.
Hal ini berkata kepada kita bahawa didalam Tuhan tidak ada yang mustahil, walaupun secara duniawi hal itu adalah mustahil, namun bagi Tuhan segalanya adalah tidak mustahil. Sebab bagi Tuhan tidak ada perkara yang sukar Dia lakukan. Yang penting terima Dia dan serah hidup kita kepadaNya sepenuhnya kepadaNya. Yang pasti hal-hal yang luarbiasa akan kita alami dalam hidup ini.
Oleh itu jangan menyerah didalam kita menghadapi berbagai tentangan, kesulitan dan kesukaran, ingat selagi Tuhan ada bersama-sama dengan kita, selagi itu kita masih ada harapan untuk hidup ini. Oleh itu janganlah kita mudah untuk menyerah dalam hidup ini, bersandarlah pada Tuhan untuk pertolongan sebab dalam Tuhan tidak ada yang mustahil.
Lihat apa yang Tuhan telah lakukan pada Elisebet, menurut Alkitab Elisebet sudah lanjut usianya (mati haid). Namun Tuhan menyebabkan Elisebat mengandung dan melahirkan anak lelaki, pada usia yang lanjut. Dia Tuhan yang sama akan menolong saya dan saudara dalam pergumulan kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu,berterima kasih kepadaMu kerana kasih dan kebaikanMu yang tidak ada berkesudahan, didalamMu ada kesembuhan, didalamMu ada pelepasan dan didalamMu ada jaminan. Dengan itu saya datang kepadaMu meletakkan hidup saya kepadaMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Selamat hari Natal dan Tuhan memberkati semua kita.
Pr Patrick Taie
Comments