top of page

Bait Suci Selesai Dibina


Ezra 6: 14B Para tua-tua orang Yahudi pun meneruskan pembinaan itu dengan baik, di bawah sokongan nubuat Nabi Hagai dan Zakharia anak Ido. Mereka terus membina dan menyelesaikan bait itu menurut perintah Allah Israel, serta menurut ketetapan para raja Parsi, iaitu Kores, Darius, dan Artahsasta. 15Maka selesailah pembinaan semula bait itu pada hari ketiga pada bulan Adar, dalam tahun keenam pemerintahan Raja Darius. 16Kemudian orang Israel, para imam, bani Lewi, dan semua yang lain yang pulang daripada pembuangan merayakan perasmian Rumah Allah itu dengan gembira.


Setelah berhadapan dengan banyak halangan akhirnya Tuhan sendiri campur tangan dan melalui kedua orang hamba Tuhan yang dipakai-Nya itu, maka Rumah Tuhan selesai dibina. Mengapa Rumah Tuhan atau bait Tuhan itu sangat penting bagi Tuhan dan umat-Nya?


Tuhan bekerja melalui bait-Nya. Apakah bait itu? Bait adalah dimana Tuhan bersemayam atau berdiam. Bagi orang Israel dan orang Kristen, Bait Suci merupakan tempat terpenting untuk kita dapat beribadah kepada Tuhan. Disitulah kita menyembah dan berkomunikasi dengan Tuhan. Bahkan, tubuh kitalah bait kecil dimana Roh Allah tinggal bersama kita orang percaya. Tuhan hadir secara umum dan secara peribadi juga dengan kita.


Habakuk 2: 20Tetapi Tuhan hadir di dalam Bait-Nya yang suci. Biarlah seluruh bumi berdiam diri di hadirat-Nya!


1 Korintus 3: 16AKamu tentu tahu bahawa kamu bait Allah, kerana Roh Allah tinggal di dalam dirimu. 17Oleh itu, sekiranya seseorang memusnahkan Bait Allah, Allah akan memusnahkan orang itu, kerana Bait Allah itu suci dan kamulah bait Allah itu.


Mengapa pemulihan Bait Tuhan sangat penting? Kerana Rumah Tuhan adalah tempat Allah mahu bertakhta dan memerintah serta membimbing umat-Nya kepada kebenaran. Disitulah perintah Allah disampaikan dan fokus ibadah. Itu sebabnya Allah sangat serius dengan bait-Nya itu. Bait sebenarnya bukan menjurus kepada bangunan, namun yang lebih penting adalah peribadi penyembah itu sendiri yang menjadi fokus Allah. Sebagai penyembah, Allah ingin memproses peribadi yang rosak dan menyucikannya menjadi alat Kerajaan-Nya. Sebab Allah adalah suci, maka Ia mengingini bait yang suci. Dan umat yang menyembah-Nya juga harus suci sepertimana Dia adalah suci.


Pertanyaan untuk kita renungkan adalah apakah gereja hari ini memiliki fokus yang betul? Fokus yang betul adalah pemulihan bait Allah, iaitu hati manusia dan menjaga kesuciannya.


DOA: Bapa, ajari kami mengerti betapa bait-Mu adalah tempat yang kudus untuk kami dapat menyembah Allah yang Kudus dan biarlah kami juga dapat menjaga tubuh kami yang adalah bait-Mu, tempat Engkau bertakhta dan memerintah sehingga datang KerajaanMu jadi kehendakMu dibumi seperti disurga dalam nama Yesus, Amen.


Tuhan Memberkati,

Pr. Linda Misak

Comments


bottom of page