top of page

Bangkitkanlah Hati yang Memuji Tuhan!


Mazmur 33:18-22 (TB) Sesungguhnya, mata TUHAN tertuju kepada mereka yang takut akan Dia, kepada mereka yang berharap akan kasih setia-Nya,

untuk melepaskan jiwa mereka dari pada maut dan memelihara hidup mereka pada masa kelaparan.

Jiwa kita menanti-nantikan TUHAN. Dialah penolong kita dan perisai kita!

Ya, karena Dia hati kita bersukacita, sebab kepada nama-Nya yang kudus kita percaya.

Kasih setia-Mu, ya TUHAN, kiranya menyertai kami, seperti kami berharap kepada-Mu.


Sebanyak mana alasan kita untuk memuji dan bersorak kepada Dia yang telah telebih dulu mengasihi kita? Sebesar mana iman dan kepercayaan kita letakkan bahawa Dialah Tuhan yang punya kuasa dalam hidup mati kita? Apakah kelemahan dan kekurangan kita masih menutup dan masih menjadi penghalang untuk kita datang kepada-Nya yang telah mati dan menebus kita dengan darah-Nya? Apakah ada kerinduan dihatimu saat membaca Mazmur ini pagi ini? Marilah kita bangkit bersama dan pujilah Dia, bersoraklah bagi nama-Nya yang kudus yang pasti ada, menyertai dan memberkati orang yang berharap dan percaya kepada-Nya.


Renungkan:

1)Baca dan renungkanlah Mazmur 33:1-22 sehingga hati dan suara kita juga melonjak untuk memuji, bersyukur dan menyembah Dia yang layak ditinggi dan diagungkan.


Perkara Doa:

1) Berdoalah untuk jiwa orang percaya yang telah mulai menjauh dari Tuhan, ada lawatan Tuhan buat mereka sehingga jiwa-jiwa orang percaya ini kembali merindukan dan menghauskan firman atau persekutuan dengan Tuhan. Dipulihkan dan bertaubat dari perbuatan yang lari dari kebenaran.


2) Kita istiharkan Firman Tuhan dalam ayat 18-22 iaitu berkat penyertaan Tuhan bahawa Dia menujukan mata-Nya kepada orang yang takut akan Dia, kepada mereka yang berharap akan kasih setianya. Dialah penolong dan perisai yang menyertai hidup kita.


3) Berdoalah kepada Tuhan supaya sepanjang bulan puasa ini Dia memberikan hati yang tunduk dan taat kepada seluruh jemaat gereja kita. Hati yang lembut dan mudah dibentuk untuk dipulihkan dan hidup dalam damai yang penuh sukacita oleh kasih setia-Nya.


Julina

Comments


bottom of page