top of page

Bapa, Ampuni Mereka


"Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat." (Lukas 23:34)


Adakah ia begitu senang untuk mengampuni? Bolehkah Yesus minta Bapa-Nya untuk mengampuni mereka begitu sahaja? Adakah pengampunan percuma?


Seorang perempuan berkata kepada saya bahawa Allah ialah Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Saya menjawab, “Tapi jangan lupa Allah tidak boleh sewenang-wenangnya mengampuni dosa. Pelanggaran telah berlaku, hukuman harus dikenakan. Bagaimana hukuman boleh dielakkan? Orang lain harus dikenakan hukuman itu.” Hukum yang dilanggar menuntut hukuman/penalti.


Jadi bila orang menggolok dan mengutuk dan menghina Yesus di salib, ada suatu pelanggaran sedang dilakukan. Bolehkah Yesus minta Bapa ampuni begitu sahaja? Tidak, Dia tidak boleh.... TETAPI darah sedang mengalir dari tangan dan kaki-Nya. Pembayaran sedang dibuat untuk pelanggaran; hukuman sedang dikenakan pada Dia yang tidak berdosa. Maka, atas dasar itu, Yesus dapat meminta Bapa untuk mengampuni mereka.


“Tetapi mereka tidak bertaubat.... bagaimana pengampunan boleh diberikan tanpa pengampunan?” Pengampunan bukan melupakan, tetapi pengampunan melepaskan sakit hati dan pelanggaran yang telah dilakukan. Dalam saat Yesus berkata “Bapa, ampunilah mereka”, Dia sedang memberikan suatu pelepasan sementara dari penghukuman dan neraka. Dia sedang memberikan mereka peluang kedua untuk sedar diri dan kenali salah mereka.


Kamu juga diberikan peluang kedua pada Jumaat Agung ini. Jangan lepaskannya, jangan bazirkannya. Jadikan Jumaat Agung ini hari untuk mengalami kasih karunia dan pengampunan biarpun “tidak tahu apa” yang kamu buat pada masa dahulu, pada zaman kejahilan. Pengampunan dan peluang kedua terbuka sekarang. Sumber : Facebook Pr Edmund Kumar

Commenti


bottom of page