Dari dulu, saya sentiasa bergelut dengan "sempadan/batasan". Kalau anda macam saya, saya rasa macam orang jahat bila saya kata "tidak" pada orang lain. Kadang-kadang, orang boleh menjadi manipulatif, jika anda tidak belajar untuk berdiri teguh, sambil mengasihi orang lain, saya harap anda tidak akan kehilangan diri anda dalam proses itu.
Saya rasa jika saya berkata "Ya" sepanjang masa kepada orang lain, itu bermakna saya sayang mereka. Maksudnya keluar dengan orang walaupun saya tahu badan saya penat secara fizikal. Ini bermakna menerima panggilan atau jemputan walaupun saya tidak bersedia secara emosi atau mental. Ini bermakna rasa bersalah setiap kali saya mempunyai masa bersendirian dan menjalani hari saya dengan perlahan kerana saya sudah biasa melakukan lebih banyak perkara dan menjadi seorang yang lebih.
Kemudian ada yang bertanya kepada saya, "Adakah anda betul-betul sayangkan diri anda? Saya nampak anda suka jaga orang lain, tapi adakah anda jaga diri anda sendiri?"
Saya menyedari bahawa saya telah menyalahgunakan badan saya - tubuh yang diberikan oleh Tuhan kepada saya. Walaupun ia bukan proses semalaman, saya masih belajar untuk menetapkan sempadan yang sihat dengan diri sendiri dan dengan orang lain. Berikut adalah beberapa perkara yang saya pelajari setakat ini.
1. Luangkan masa bersendirian untuk mengecas semula tenaga. Beri masa untuk menjalani hari yang perlahan, walaupun rasa seperti seorang yang berdosa kerana memilih diri anda sendiri buat seketika, dengar apa yang badan anda perlukan. Seperti Yesus, Dia mempunyai masa sendiri di atas gunung sebelum melayani orang lain.
2. Jangan respon segera, kerana anda belum bersedia dari segi emosi dan mental. Jika orang cuba memaksa anda untuk memberi lebih daripada yang anda mampu, ingat bahawa anda ingin berkhidmat kepada orang dengan hati yang benar, anda ingin menjadi jujur kepada diri sendiri.
3. Katakan "tidak" apabila orang cuba memujuk keputusan anda. Anda bukan orang yang jahat jika anda berkata "tidak" pada pelawaan orang. Anda tidak bertanggungjawab ke atas cara mereka memproses emosi mereka sendiri. Sekali lagi, siapa yang anda puaskan? Adakah manusia atau ada Tuhan?
1 Timotius 4:12 Jangan biarkan sesiapa menghinamu kerana usiamu yang muda. Jadikan dirimu teladan kepada semua orang beriman dari segi kata-kata, kelakuan, kasih, iman dan kesucian.
Jemimah Ramos
Amen. Tq ke atas per kongsikan ini. Thian memberkati.