top of page

Bayangan yang Besar


‘Apabila aku memikirkan bagaimana hendak memahami ini, terlalu pedih bagiku hingga aku masuk ke tempat suci Allah…’ (Mazmur 73:1-28, ayat. 16-17)


Renungan:

Perkara yang kami tekankan ialah kita telah dicipta untuk menjalani cara hidup dengan cara Kekristenan. Apabila kita melihat, kita dapat melihat dengan jelas, bahwasanya kita akan bekerja dengan, dan bukan menentang, sifat-sifat kenyataan, sebuah kepastian yang akan mengambil-alih yang membolehkan kita berasa tenang apabila menghadapi soalan-soalan yang sukar mengenai kehidupan. Soalan-soalan seperti ini: Mengapakah sebilangan besar orang-orang fasik yang berjaya dan mempunyai begitu banyak harta-harta duniawi manakala mereka yang hidup dengan jujur dan tegak di dalam Dia mempunyai sedikit sahaja?


Soalan ini merisaukan penulis mazmur yang telah kita baca pada hari ini. ‘mereka yang bermegah,’ katanya ‘tidak sakit sebelum mati; kekuatan merea tetap teguh… yang sentiasa senang-lenang, mereka semakin kaya’ (ayat 3-4,12). Kemudian dia memohon kebajikannya sendiri di hadapan Tuhan: ‘Sesungguhnya aku telah menyucikan hatiku dengan sia-sia; dan membasuh tanganku dengan hati yang bersih.’ (ayat 13). Pemazmur itu tidak senang apabila dia melihat kemakmuran mereka yang fasik, sehingga dia masuk ke tempat suci Tuhan dan sedar bahawa kesenangan mereka yang fasik hanyalah sementara. Dunia akan memberi kata-kata terakhir bagi mereka iaitu kematian dan kebinasaan.


Sesetengah pelajar yang berada di Amerika Syarikat telah diberi kebenaran untuk membongkar mesin buahan untuk mengkaji mekanismenya. Mereka mendapati bahawa mesin tersebut telah direka untuk menghasilkan satu dolar daripada setiap sepuluh. Pereka mesin tersebut memastikan bahawa mesin itu berfungsi untuk mementingkan pemiliknya - mereka yang teruja untuk mendapatkan keuntungan daripada mereka yang naif. Akan tetapi, apabila Pencipta kita mencipta dunia ini, Dia telah menciptakan sesuai dengan watak-Nya. Oleh kerana itu, kebenaran dan kebaikan akan kekal dan kejahatan akhirnya gagal. Kesalahan mungkin membawa kekayaan sementara tetapi ia ditakdirkan untuk membawa kemalangan. 'Kejahatan,' telah disebutkan, 'adalah bayangan yang besar.' Ia adalah benar.


Renungan Lanjutan:

Mazmur 37:1-20;

Lukas 12:13-21


Doa:

Bapa, saya melihat bahawa Engkau telah mereka bentuk dunia ini supaya semua yang baik diberikan ganjaran dan semua yang jahat akan dihukum. Tiada seorang pun yang boleh terlepas daripadanya. Saya bersukacita kerana saya tidak akan mengalami murka-Mu oleh sebab kasih karunia keselamatan Kristus. Amin.


Rev Gerawat Maran


Comments


bottom of page