Renungan: Bilangan 14:1-38 “Tetapi hamba Kaleb, kerana lain jiwa yang ada padanya dan dia mengikut Aku sepenuhnya, akan Kubawa masuk ke negeri yang telah dimasukinya itu, dan keturunannya akan memilikinya.”
(ayat 24)
Kaleb berjiwa berlainan kerana dia tidak takut apapun yang terjadi kalau hidupnya berkenan kepada Tuhan. Kaleb berlainan jiwa kerana dia tidak seperti umat Tuhan yang suka bersungut-sungut, “Ah, sekiranya kami mati di tanah Mesir, atau di padang gurun!” (ayat 2) Jiwanya berlainan dan dia hanya berpandangan positif dan beriman. “Negeri yang kami lalui untuk diintai itu adalah luarbiasa baiknya. Jika Tuhan berkenan kepada kita, maka Dia akan membawa kita masuk ke negeri itu dan akan memberikannya kepada kita, suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya.” (ayat 7-8).
Tuhan amat kecewa dengan umat lain yang suka bersungut-sungut, “Berapa lama lagi umat yang jahat ini akan bersungut-sungut kepada-Ku...” (ayat 27)
Perjalanan dan pelayanan bersama dengan Tuhan memerlukan jiwa yang cekal dan berlainan. Intipati orang yang mengasihi Tuhan sungguh berlainan; mereka tidak akan bersungut-sungut kerana ada pepasir di kasut atau mengangkat bendera putih dengan mudah. Mereka selalu berharap kepada Tuhan dan mempercayai bahawa Dia akan memberkati mereka dengan berkelimpahan.
Tuhan dengan ajaib memilih Lui Zhen Ying daripada keluarga miskin dari Henan untuk mengabarkan kasih-Nya di Negara China sekalipun terjadi penganiayaan yang ngeri. Tuhan melihat jiwanya yang sungguh cekal dan berlainan daripada orang lain.
Dengarlah kesaksiannya sewaktu diburu oleh kerajaan Negara China: Di sebuah kota, kami terpaksa bertukaran bas untuk menyelamatkan jiwa kami. Aku memakai kaca mata hitam untuk menyembunyikan mataku. Banyak orang di stesen telah melihat gambar saya dan saya terdengar mereka sedang berbincang tentang tawaran untuk menangkap saya. Mereka berkata, “Orang yang dapat menangkap banduan ini akan dihadiahi lumayan oleh kerajaan.”
Isteri saya dan saya begitu bersukacita dalam hati kerana kami tahu bahawa Tuhan ialah tempat persembunyian kami. Kami berasa begitu tersanjung kerana diburu sebagai ‘penjahat’ Yesus. Kami menganggap dihina demi nama Tuhan itu suatu kemuliaan besar dalam kerajaan Tuhan.”
Saudara Lui dan isterinya berlainan jiwa. Kecekalan mereka merempuh penganiayaan dan penderitaan demi nama Yesus di Negeri China menyayatkan hati banyak orang sewaktu mereka membaca kisah kesaksiannya dalam buku, ‘Heavenly Man’. Sesungguhnya saudara Lui bersaksi, “Sebab aku yakin, bahawa penderitaan zaman sekarang ini tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan
Doa: Tuhan Pelindungku, berikan aku jiwa yang berlainan dan kecekalan demi kerajaan-Mu.
Ingat Akan Nama Yesus
Ingat akan nama Yesus, kamu yang menanggung berat.Nama itu beri kekuatan bagi orang yang penat.Indahlah nama-Nya, perlindungan yang teguh.Ingat akan nama Yesus, tempat berlindung teduh. Walau godaan menimpa, Dia perisai yang teguh.Nama Yesus sungguh indah, meriangkan jiwaku.Dia selalu memberi penghiburan, aku mahu puji nama Engkau.
Lydia Baxter W.H. Doane
Comments