“..Lapangkanlah hatiku daripada segala kekhuatiran, dan selamatkanlah aku daripada segala kesusahan......” Maz 25:17
Pemazmur meluahkan rasa kesengsaraan dan kesulitan yang sedang dia lalui dalam hidupnya, oleh kerana kesukaran yang dia alami, maka hatinya menjadi sangat tertekan, gelisah dan kuathir. Dengan itu dia datang kepada Tuhan dan berseru “...lapangkan hati saya daripada segala kekhuatiran, dan selamatkanlah saya daripada segala kesusahan
Kata “..lapangkan hati saya daripada kesulitan..” hal ini bermaksud pemazmur memohon kepada Tuhan agar Tuhan “...bebaskan dirinya daripada kesusahan yang dialami saat ini... ...keluarkan dirinya daripada kesesakannya...
Pemazmur secara terbuka berkata bahawa kegelisahan-kegelisahan dan kekuathiran yang ada didalam hatinya terjadi oleh kerana kesusahan, kesulitan dan penderitaan yang sedang dia alami. Hal ini telah mendorongkan pemazmur untuk mencari belas kasihan daripada Tuhan.
Didalam keadaan yang sangat menekan ini pemazmur tidak lari kepada hal-hal dunia ini untuk menolongnya, tetapi Dia datang kepada Tuhan untuk menolong dirinya, dia meletakkan sepenuhnya pengharapan kepada Tuhan.
Apakah kesusahan yang anda sedangan alami pada saat ini? apakah kesusahan yang anda alami saat ini mendorong anda untuk mendekati Tuhan, sebab semakin kita mendekati Tuhan semakinlah hati kita akan tenang. Dengan itu datanglah kepada Tuhan untuk pertolongan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu memohon pertongan dan kekuatan daripada sewaktu saya saya melalui kesukaran dalam hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments