“Terjeratlah seseorang yang terburu-buru mengatakan sesuatu itu "Suci," dan hanya memikirkannya semula setelah dia bernazar.” (Amsal 20:25 AVB)
“It is a trap to dedicate something rashly and only later to consider one’s vows.” (Proverbs 20:25 NIV)
Maksudnya, kita mengurangkan aktiviti yang tidak menguntungkan dan menambahkan aktiviti yang menguntungkan. Kadang-kadang hidup kita bergerak dengan begitu laju sekali - dan ada kalanya, kita merasa susah untuk perlahan.
Salah satu cara untuk kita memperlahankan hidup kita kepada tahap tahap yang dapat kita tangani ialah untuk berhenti seketika dan berdoa sebelum kita membuat keputusan.
Amsal 20:25 ada mengatakan adalah satu jerat untuk kita membuat keputusan terburu-buru. Apa yang Tuhan mahu kita lakukan ialah berhenti seketika sebelum kita membuat komitmen. Berfikir dan berdoa sebelum membuat keputusan.
Di dalam perkataan lain, berhenti dan berdoa sebelum kita menambahkan sesuatu ke dalam jadual kita. Ini akan memperlahankan hidup kita.
Kita tidak boleh menambahkan komitmen kita tanpa kita membuangkan komitmen kita yang lain. Setiap kali kita menambahkan aktiviti ke dalam jadual kita, kita harus keluarkan aktiviti kita yang lain. Lainlah cerita, jikalau kita mempunyai banyak masa dan tidak ada banyak komitmen di dalam jadual kita.
Peter Drucker ada mengatakan “Jangan beritahu saya apakah perkara baru yang kamu lakukan, beritahu saya apa yang kamu berhenti lakukan”. Salah satu tanda seorang pemimpin ialah untuk mengetahui apa yang akan kita berhenti lakukan. Apa aktiviti yang boleh kita keluarkan. Kita belajar untuk mengatakan “NO” kepada orang lain.
Apabila kita berhadapan dengan kesusahan kita untuk mengurangkan aktiviti kita, inilah cadangan untuk kita lakukan. Tanya soalan ini
Apakah ia berharga ? (Is it worth it?). Berkenaan dengan rohani kita, tenaga kita, reputasi kita, masa kita, wang kita?
Apakah yang akan kita “give up”? Apakah kos nya?
Belajar untuk berkata “no”.
Renungkan :
Mengapa susah untuk kita mengatakan “no” untuk satu yang baru.
Bagaimana kita boleh membantu orang lain ?
Apakah perkara yang baru yang telah kita tambah bulan lepas. Apakah yang boleh kita keluarkan untuk menambahkan “margin” kehidupan kita?
Comments