1 Samuel 3:2-6 (BM)
Pada suatu malam, Eli yang sudah sangat tua dan hampir buta, sedang tidur di biliknya. Pada masa itu Samuel tidur di dalam rumah TUHAN, tempat letaknya Tabut Perjanjian Allah. Sebelum fajar, ketika pelita di atas mazbah masih menyala, TUHAN memanggil Samuel. Samuel menjawab, "Ya tuan!" Kemudian dia lari kepada Eli dan berkata, "Tuan memanggil saya, lalu saya datang." Tetapi Eli menjawab, "Aku tidak memanggil engkau. Pergilah tidur." Lalu Samuel pergi tidur semula. Kemudian TUHAN memanggil Samuel lagi. Samuel tidak tahu bahawa yang memanggilnya itu TUHAN, kerana belum pernah TUHAN berfirman kepadanya. Oleh itu dia bangun dan pergi kepada Eli, dan berkata, "Tuan memanggil saya, lalu saya datang." Tetapi Eli menjawab, "Aku tidak memanggil engkau, anakku. Pergilah tidur."
Pengajaran/Refleksi
Dalam cerita ini, Samuel tidak dapat mengenal suara TUHAN pada awalnya, dan mengira itu suara Eli. Meskipun dia tinggal bersama Eli untuk beberapa lama, Samuel memerlukan beberapa kali panggilan dari TUHAN untuk akhirnya mengenali-Nya.
Pengajaran bagi kita adalah untuk belajar membezakan suara yang berbicara kepada kita—apakah itu suara dunia atau suara TUHAN. Bagi orang percaya, suara TUHAN datang dari dua sumber utama: TUHAN sendiri dan Firman-Nya yang tertulis dalam Alkitab. Itu sebabnya kita sering mendengar istilah "Alkitabiah," yang menandakan sesuatu yang berasal dari TUHAN. Sebaliknya, suara yang bukan daripada TUHAN adalah "bukan Alkitabiah."
Mari kita belajar mengenal suara TUHAN, kerana suara yang bukan daripada-Nya akan menyakitkan kita, tetapi suara TUHAN akan membawa sukacita dan damai sejahtera.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami untuk mengenal suara-Mu. Ajarilah kami untuk selalu mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati kami umat-Mu secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
コメント