Hari ini, kita masuk ke dalam prinsip yang ke-6, iaitu Prinsip berkenaan dengan belanjawan.
Saya telah cadangkan, prinsip 10-10, iaitu
Kita memberikan 10% kepada Tuhan (Persepuluhan)
Kita menyimpan 10%
Dan yang bakinya, Kita hidup dengan 80%
Inilah yang akan kita fokus untuk hari ini.
Wang adalah alat yang boleh digunakan Tuhan. Jikalau kita mencintai wang, kita akan memperalatkan manusia, dan wang akan menjadi boss kita yang kejam. Tetapi, jikalau kita mencintai manusia, kita akan memperalatkan wang untuk memberkati orang lain, dan wang akan menjadi hamba yang berguna. Wang yang diberikan Tuhan untuk kita adalah sementara dan apa yang harus kita lakukan ialah untuk menguruskannya untuk kebaikan berkekalan.
Lukas 16 menceritakan ibarat tentang pengurus yang cerdik.
Dia memuji pengurus yang tidak jujur dengan perbuatnanya yang cerdik.
Di bukan dinyatakan di sini, bahawa kita harus menjadi seorang yang tidak jujur.
Amsal 12:22 Bibir dusta adalah kekejian bagi Tuhan , tetapi orang yang melakukan apa yang benar adalah kesukaan-Nya.
Tetapi, apa yang Yesus katakan di sini ialah untuk melihat kebijaksanaan orang yang tidak jujur ini. Pengurus ini tahu, bahawa, dia akan di pecat, kerana telah memboroskan wang tuannya. Pengurus itu berfikir, dan dengan cepat memanggil semua orang yang berhutang kepada tuannya dan merendahkan hutang-hutang mereka. Apakah yang dipuji oleh tuannya, tentang pengurus ini?
(1) Pengurus itu berfikir
Kebanyakan orang tidak berfikir dan melihat ke hadapan apabila berkenaan dengan kewangan.
Kita tidak menyimpan duit dsb.
Amsal 14:8 Hikmah orang bijaksana adalah memahami jalan hidupnya, tetapi kebodohan orang tolol adalah tipu daya.
Maksudnya, hikmah orang bijaksana adalah mereka yang memahami jalan yang di hadapan.
Pengurus ini, walaupun di dalam keadaan yang sedang dipecat, melihat ke hadapan dan berfikir.
Kita sebagai anak Tuhan, seharusnya lebih daripada si pengurus orang dunia ini, kerana kita adalah anak Tuhan dan sebagai anak Tuhan, kita mempunyai hikmah yang datang dari Tuhan !
(2) Pengurus membuat pelan
Apakah saudara-saudari, mempunyai pelan kewangan?
Atau, apakah saudara-saudari mempunyai belanjawan?
Ataupun budget?
Belanjawan, dengan ringkas, adalah pelan pembelanjaan.
Belanjawan akan menyatakan ke manakah kita mahu wang kita dibelanjakan daripada kita bertanya-tanya, ke manakah wang yang telah kita belanjakan.
Dan di dalam perancangan belanjawan kita, kita minta kebijaksanaan dan hikmah Tuhan.
Amsal 16:9 Hati manusia merancang jalannya, tetapi Tuhan sajalah yang menentukan langkahnya.
(3) Pengurus membuat dengan serta-merta
Dia tidak menunda-nunda. He did not procrastinate.
Jangan kita tunggu-tunggu lagi, saudara-saudari,
Jangan kita katakan, “satu hari nanti, saya akan membuat belanjawan”
Jangan kita katakan, “satu hari nanti, saya akan menyimpan duit”
Jangan kita katakan, “satu hari nanti, saya akan membuat persepuluhan.
Persoalannya, bagaimanakah kita membuat belanjawan? Ataupun budget? Ini adalah mudah sekali saudara-saudari.
Bukan sahaja, kita membuat pelan belanjawan, tetapi kita melakukannya dengan disiplin. “We stick to our budget”.
Matius 25:21 Tuannya berkata kepadanya, ‘Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.’
Alkitab mengatakan, mengurus yang sedikit.
Apa yang penting dalam kehidupan kita bukanlah betapa banyak wang yang kita ada, tetapi bagaimana kita menguruskan wang yang diberikan Tuhan.
Inilah yang kita katakan “stewardship” – “pengurusan”.
Salah satu langkah yang paling penting di dalam kita mengambil langkah kepada “financial freedom” atau “kebebasan kewangan” ialah dengan menyenaraikan segala keluar masuk pembelanjaan wang kita.
Saya cadangkan kita membuat belanjawan, kepada 4 categori
Kita senaraikan, harta milik kita.
Kita senaraikan, pendapatan kita
Kita senaraikan, hutang kita.
Kita senaraikan, pembelanjaan kita. (Pembelanjaan termasuk, persepuluhan, penyimpanan, pelaburan dan keperluan seharian.)
adi saudara-saudari, hari ini, kita diperingatkan untuk melakukan belanjawan secara serta merta. Jangan kita melengah-lengahkan lagi.
Amsal 23:5 (AVB) Jika kau pandang sekilas, kekayaan itu lenyap, kerana pasti akan bersayap lalu terbang ke langit seperti rajawali.
Jadi, jikalau saudara tidak membuat belanjawan, wang akan akan bersayap dan terbang seperti rajawali …
Mahukah, saudara-saudari, hidup dengan penuh kemenangan di dalam kewangan kita, mari kita minta hikmah Tuhan untuk menjadi pengurus yang bijak dan cerdik.
Di dalam kita menguruskan kewangan kita untuk dunia yang sekarang ini, kita juga harus ingat, hidup kita adalah sementara.
Hidup kita yang berkekalan adalah bersama dengan Tuhan di syurga satu hari nanti, dan ini hanya diperolehi melalui iman kepada Yesus Kristus.
Sementara kita di dunia, Tuhan juga mahu kita mengurus apa yang kita ada buat sementara ini, untuk yang berkekalan satu hari nanti.
Kita uruskan dan melabur dengan baik untuk kerajaan Allah:
Masa kita, pengaruh kita, kesihatan kita,
Peluang kita, kekayaan kita, talenta kita,
Kecergasan kita, kemampuan kita, kebolehan kita dsb.
Contoh belanjawan yang boleh kita lakukan adalah seperti yang di bawah:
Elder Ann Wan Kuan
Commenti