“..Benih yang jatuh di jalan bagaikan orang yang mendengar perkhabaran tentang bagaimana Allah memerintah, tetapi tidak memahaminya. Si Jahat iaitu Iblis datang lalu merampas apa yang sudah ditabur di dalam hati mereka.......” Matius 13:19
Yesus menggunakan perumpamaan tentang seorang penabur yang menabur benih yang jatuh di empat jenis tanah yang berbeza. Tanah tempat benih itu jatuh menggambarkan hati manusia yang menerima injil itu.
Tanah yang pertama adalah tanah yang di pinggir jalan. Merujuk kepada seorang yang mendengar pemberitaan tentang bagaimana Allah memerintah, tetapi dia tidak memahaminya. Lalu si jahat iaitu Iblis datang merampas apa yang sudah ditabur di dalam hatinya.
Mengapa dia tidak memahami apa yang dia dengar? Sebab dia mendengarnya tetapi dia tidak mengulangi untuk mendengarnya lagi. Dia harus mendengarnya kembali, apakah ianya berguna bagi dirinya, agar dia semakin mengerti dan mendapat keuntungan darinya.
Mendengar firman Tuhan dengan benar dan dengan tujuan yang benar akan membantu kita untuk mengerti apa yang kita dengar.
Apakah jenis hati kita hari ini, apakah kita seperti hati orang yang mendengar firman Kerajaan dan tidak memahaminya, iaitu benih yang jatuh di pinggir jalan.
Doa: Bapa kami yang berada di kerajaan syurga, biarlah kami tidak menjadi benih yang ditabur di atas jalan. Ajar kami untuk lebih lagi mendengar akan firmanMU dan menjadi pelaku. Biarlah hari-hari kami semakin subur oleh firmanMu.
Amen!
Pr Patrick Taie
Comments