Teks
Hakim-Hakim 11:30-31, 34-35 (BM)
Yefta berjanji kepada TUHAN, katanya, "Jika TUHAN membenarkan aku mengalahkan orang Amon, aku akan mempersembahkan orang yang pertama-tama keluar dari rumahku untuk menyambut aku, sekembalinya aku dari peperangan. Aku akan mempersembahkan orang itu kepada TUHAN sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN." Apabila Yefta kembali ke Mizpa, anak perempuannya datang menyambut dia, sambil menari dan memukul tamburin. Dia anak tunggal Yefta. Ketika Yefta nampak anaknya, dia mengoyak-ngoyakkan pakaiannya kerana dukacita. Katanya, "Aduh anakku, hancurlah hatiku! Mengapakah harus anakku yang menjadikan hatiku pedih? Aku telah bersumpah kepada TUHAN dan aku tidak dapat memungkiri janjiku!"
Pengajaran/Refleksi
Orang yang telah berjanji dengan TUHAN harus melakukan perjanjian tersebut, seperti Yefta yang berjanji, "bahawa dia akan mempersembahkan orang yang pertama-tama dari rumahnya untuk menyambut dia sekembaliknya dari berperang. Pada waktu itu, anak perempuannya keluar untuk menyambut dia. Dia tidak dapat membatalkannya, oleh kerana dia telah berjanji demikian.
Lebih baik berdoa terlebih dahulu, bertanya kepada TUHAN apa yang perlu dilakukan. Jangan membuat perjanjian tanpa berfikir panjang ataupun berdoa terlebih dulu, supaya tidak menyesal kemudian harinya.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami tidak membuat perjanjian terlalu cepat tanpa berdoa atau berfikir panjang terlebih dulu. Hamba berdoa kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amin.
Rev. Ali Langgit
Comments