top of page

Berdoa Untuk Keluarga



Ayat firman Tuhan:

Maleakhi 2:15-16 (AVB) Bukankah Allah menjadikan mereka satu? Jiwa dan roh mereka milik-Nya. Apakah yang dicari-Nya? Dia mencari keturunan yang salih. Oleh sebab itu jagalah dirimu, dan janganlah ada antara kamu yang mengkhianati isteri dari masa mudamu.

“Aku membenci perceraian,” demikianlah firman TUHAN, Allah Israel, “juga orang yang menjadikan tindakan ganas sebagai pakaiannya,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Oleh sebab itu jagalah hatimu dan jangan berkhianat.”


 

Perkara Doa:

1. Sepakat berdoa untuk keturunan yang salih.

2. Sepakat berdoa untuk keutuhan rumahtangga

3. Sepakat berdoa untuk suami dan isteri yang setia


 

Doa:

Bapa di syurga, dikuduskanlah nama-Mu. Terpujilah Englau Tuhan sang pencipta langit, bumi, laut serta segala isinya. Ajaib perbuatan-Mu, sungguh menghairankan. Kami mengkagumi Engkau Tuhan. Bapa, kami bersyukur kepada atas rahmat-Mu yan baru setiap hari. Pagi ini sekali lagi kami mengakui dan menyatakan betapa baiknya Engkau Tuhan. Kasih-Mu atas berkesudahan. Haleluyah!


Bapa, betapa besar rencana-Mu atas manusia. Engkau telah menciptakan dari debu kepada makhluk yang hidup. Manusia ciptaan-Mu yang paling unik kerana Engkau ciptakan menurut gambar dan rupa-Mu. Ya Tuhan, dari sisi manusia (adam) Engkau telah membangun seorang penolong yang sepadan dengannya iaitu hawa yang menjadi isteri adam, pasangan hidup adam. Terpujilah nama-Mu.


Bapa, kerajaan-Mu datanglah dan terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Bapa adalah kehendak agar tujuan dari kesatuan roh, jiwa dan tubuh lelaki dengan wanita iaitu sebagai suami isteri ialah supaya mereka mendapat keturunan yang salih, generasi ilahi iaitu umat yang sejati. Oleh itu ya Bapa, kami berdoa agar orang Percaya mengerti tujuan hakiki Allah dalam perkhawinan. Kami berdoa agar generasi anak-anak orang Percaya masa kini kiranya dijamah Roh Kudus agar mereka diubah menjadi generasi ilahi. Kami berdoa sungguh-sungguh agar bayi-bayi sedang dalam kandungan rahim wanita akan mendengar kebenaran friman-Mu yang dibaca dengan suara yang jelas oleh ibu dan bapanya dan firman-Mu mulai tersimpan dalam memori bayi-bayi. Kami rindu anak-anak ini kelak akan percaya dan mengenal Engkau Bapa Yang kekal, Yesus Kristus sebagai Tuhan dan juruselamat mereka.


Bapa, kami bedoa agar rumahtangga orang Percaya tetap utuh dan kukuh kerana dibangun atas dasar kasih Kristus kepada jemaah. Ya, sekalipun ada cabaran datang seperti angin, hujan dan banjir, namun rumahtangga mereka tetap berdiri teguh kerana dibina atas firman-Mu iaitu denga mendengar dan melakukan perintah-Mu. Ya Bapa, tolonglah suami isteri agar saling merendahkan diri, saling mengasih, saling mengampuni, salin mendoakan dan saling memberkati. Kiranya setiap keluarga orang Percaya menghargai kesatuan roh, jiwa dan tubuh yang dijadikan oleh Allah dalam perkhawinan yang kudus. Biarlah setiap keluarga orang Percaya berkata tidak kepada perceraian.


Ya Bapa, tolonglah para suami agar mereka ada pengawalan diri atau penguasaan diri. Biarlah mereka menyedari betapa pentingnya menjaga kekudusan bilik suami isteri. Kami persilakan Roh Kudus memimpin mereka agar hati mereka tetap setia kepada isteri dan tidak mengkhianati isteri. Jauhlah kiranya para suami orang Percaya daripada melakukan kekerasan, memukul dan mendera isteri baik secara fizikal mahupun secara jiwa. Biarlah mereka berkata tidak kepada apapun bentuk godaan seks. Biarlah mereka berkata tidak kepada keinginan mata, keinginan daging dan keangkuhan hidup. Kiranya para isteri juga menolak jebakan iblis dengan untuk memiliki hubungan terlarang dengan lelaki lain. Bapa, kami memohon agar para suami dan isteri memiliki hati yang takut akan Tuhan. Jujur, saling mempercayai dan saling menjaga. Kiranya keluarga orang Percaya pada hari ini berpegang pada prinsip monogami iaitu hanya kematian yang memisahkan suami isteri. Biarlah keluarga orang Percaya menjadi garam bumi dan terang bumi. Terpujilah nama-Mu. Dalam nama Yesus, amin.


Pr Hamjah @ Hamzah Sabin


Comments


bottom of page