top of page

Berdoa Untuk Kerajaan dan Politik



Dasar Firman Tuhan:

Yeremia 1:10 Pada hari ini Aku memberi engkau kuasa atas bangsa dan kerajaan untuk mencabut dan menjatuhkannya, untuk membinasakan dan menggulingkannya, untuk membina dan menegakkannya.”


 

Fokus Doa Kerajaan dan Politik:

1. Kerajaan yang bebas daripada perkauman dan isu agama

2. Ahli politik yang memerhatian kebajikan rakyat


 

Doa


Bapa kami yang berada di dalam Surga, kami datang kepadaMu dengan merendahkan diri kami dihadapanMu, kami datang kepadaMu menyerahkan kerajaan dan semua ahli politik yang ada didalam negara kami ke dalam tanganMu yang berkuasa.


Kami mengakui bahawa kerajaan kami yang ada pada hari ini didirikan oleh Engkau sendiri, dimana Engkau telah memilih pemimpin-pemimpin untuk memimpin negara kami pada hari ini dengan baik. Kami mengaku bahawa mereka telah menjadi pemimpin didalam negara kami pada hari ini oleh kerana kehendakMu sendiri. oleh itu kami berdoa kepadaMu ya Tuhan agar Engkau mnolong pemimpin-pemimpin negara kami didalam mengurus dan mentabirkan negara kami dengan baik. Kami berdoa kepadaMu supaya Engkau memolong mereka dengan memberikan mereka hikmat dan pengetahuan didalam mentabir dengan baik


Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk kerajaan kami yang ada pada hari ini, kami berdoa kerajaan kami sentiasa dijaga dan dilindungi oleh Tuhan daripada pihak-pihak yang sentiasa membangkitkan isu-isu perkauman dan agama. Kami memohon agar rancangan mereka yang ingin melihat pepecahan terjadi diantara suku bangsa di negara ini dihancurkan. Tuhan berikanlah hati rakyat didalam negara kami, hati yang inginkan kesatuan dan bukan kebencian.


Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk ahli-ahli poltik yang telah Engkau pilih pada pilihanraya yang lalu, Tuhan tolong mereka untuk memahami tujuan mereka dipilih oleh rakyat pada pilihanraya yang lalu. Berikanlah mereka hati yang telus dan adil didalam mereka menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Tolong mereka untuk berkerjasama dengan kakitangan kerajaan untuk membantu rakyat dikawasan masing-masing.


Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan, untuk kaki-tangan kerajaan yang bertugas didalam negara kami pada hari ini. Berkatilah mereka dengan hikmat yang daripadaMu agar mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan berkesan, jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh politik kebencian dan dendam, agar mereka tahu bahawa tugas mereka adalah untuk membangun negara ini ke arah yang lebih baik. Kuasailah hati mereka dengan kasihMu agar mereka senang hati untuk menolong dan membantu rakyat yang dalam kesusahan. Bebaskan mereka daripada pengaruh-pengaruh duniawi yang menyebabkan mereka jatuh dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


Berkatilah kerajaan kami dengan ahli politik yang adil, bersih dan jujur, agar negara ini ditabirkan dengan baik sehingga kami diam didalam negara ini dengan aman, makmur dan damai. Kami memohon semuanya ini didalam nama Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page