top of page

Berdoa Untuk Kerajaan/Politik


Ayat Firman Tuhan: 1 Timotius 2:1-2 (AVB) Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia –

untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat.


 

Perkara Doa:

Berdoa untuk Kerajaan


 

Doa:

Bapa di syurga dikuduskanlah nama-Mu. Bapa kami bersyukur kepada-Mu pada hari yang baru ini. Hari ini hari yang penuh kemenangan, penuh keberhasilan dan penuh sukacita oleh Roh Kudus. Kasih kurnia-Mu Yesus melimpah ke atas kami. Kebajikan dan kemurahan-Mu mengikuti hidup kami.


Bapa, terpujilah nama-Mu. Engkau Tuhan segala tuhan, Allah segala allah, Raja segala raja, Tuan segala tuan dan Hakim segala hakim. Engkau berluasa atas segala kerajaan. Engkau berkuasa mengangkat pemimpin dan memecat pemimpin. Engkau berkuasa membangun sebuah kerajaan dan meruntuhkan kerjaan tersebut. Engkau berkuasa mengumpulkan suatu bangsa dan berkuasa mencerai beraikan bangsa itu. Kerajaan-Mu di atas segala kerajaan. Kerajaan-Mu kekal abadi.


Bapa, kerajaan-Mu datanglah dan terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Kami berdoa untuk Yang Dipertuan Agong, Yang Dipertua Negeri, Yang Dipertuan Besar dan majlis raja-raja melayu. Biarlah rahmat-Mu atas mereka. Kiranya mereka diberi umur yang panjang, kesihatan yang berpanjangan dan hikmat serta keibjaiksanaan dalam pemerintahan mereka.


Kami berdoa untuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua timbalan perdana menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri kerajaan persekutuan. Tuhan tolong berikan mereka hikmat yang luar biasa untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Ya Tuhan, tidak mudah bagi sebuah kerajaan perpaduan yang dibarisi pemimpin-pemimpin yang mempunyai ideologi politik yang berbeza dan pelbagai bangsa, duduk dalam blok kerajaan. Namun kami percaya ini adalah kehendak-Mu agar pemimpin-pemimpin kami bersatu padu, berkertjasama dan sepakat membangun negara dan mengusahakan kesejahteraan rakyat. Biarlah umur panjang dan kesihatan yang berterusan pada mereka.


Ya Bapa, biarlah rasa takut akan Tuhan menguasai hati mereka. Tolomglah mereka untuk menolak segala rasuah, penyelewengan kuasa dan penggubahan wang haram. Biarlah kerajaan perpaduan ini diwarnai dengan intergriti, ketelusan dan kertertibaan. Kiranya slogan madani benar-benar menjadi kenyataan. Bapa, tolong berikan kebijaksanaan untuk menangani pihak yang memberi kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman. Kiranya rakyat Persekutuan Malaysia hidup aman damai, harmoni dan sentosa. Sejahteralah atas kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan ketua menteri, menteri besar dan primer sarawak.


Sejahteralah rakyat jelata dari Wilayah Sabah hingga ke negeri Perlis. Biarlah Tuhan menjadi perlindungan bagi Persekutuan Malaysia. Biarlah Tuhan menjadi tembok berapi bagi Persekutuan Malaysia. Biarlah nama Tuhan ditinggikan. Haleluyah! Dalam nama Yesus, amin.


Pr Hamjah @ Hamzah Sabin



Comments


bottom of page