Dasar Firman Tuhan:
Titus 2:7-8 dan jadikanlah dirimu sendiri suatu teladan dalam berbuat baik. Hendaklah engkau jujur dan bersungguh-sungguh dalam pengajaranmu, sehat dan tidak bercela dalam pemberitaanmu sehingga lawan menjadi malu, karena tidak ada hal-hal buruk yang dapat mereka sebarkan tentang kita.
Fokus Doa Pendidikan, sains dan teknologi:
1. Guru-guru yang bersatu melahirkan generasi yang baik
2. System Pendidikan yang mengikut perkembangan dunia
Doa
Bapa kami yang berada di dalam Surga, kami datang kepadaMu dan menyerahkan semua system Pendidikan, sains dan teknologi didalam negara kami ke dalam tanganMu, kami memohon kepadaMu untuk:
Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk semua kakitangan pentanbiran Pendidikan negara diseluruh negara ke dalam tanganMu ya Tuhan. Kami berdoa agar mereka mengatur dan mengurus semua sekolah-sekolah yang ada didalam negara ini dengan baik tanpa pilih kasih. Mereka bertindak terhadap keperluan sekolah dengan adil dan saksama tanpa melihat letaknya sekolah itu. Berikanlah mereka kepekaan terhadap keperluan tenaga pengajar dan fizikal sekolah-sekolah. Agar guru-guru dan pelajar-pelajar dapat mengajar dan belajar dengan selesa dalam sekolah tersebut.
Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk semua tenaga guru-guru yang dihantar ke sekolah-sekolah baik dibandar dan juga diluar bandar. Berilah mereka kebijksanaan didalam mendidik pelajar-pelajar yang ada, supaya pelajar-pelajar ini akan menjadi generasi yang berguna untuk membangun negara ini. Tolonglah guru-guru sewaktu mereka mengajar dengan kesabaran, ketabahan dan pengertian. Mereka dapat mengenal cara yang berkesan untuk mendidik pelajar-pelajar yang ada.
Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk Menteri Pendidikan didalam negara kami pada hari ini, kami menyerahkan dirinya ke dalam tanganMu, agar Tuhan memberikan dia kebolehan untuk mengenal kaedah-kaedah yang sesuai untuk membangun system Pendidikan didalam negara kami ini. Tolonglah dia didalam mengawasi dan merancang semua perkembangan Pendidikan, sains dan teknologi diseluruh negara pada hari ini. Agar system Pendidikan negara ini dapat memenuhi keperluan dan permintaan didalam negara.
Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk pihak-pihak yang tidak bertanggungjawa terhadap kemajuan Pendidikan, sains dan teknologi didalam negara kami pada hari ini. Kami berdoa agar pihak yang berkuasa dapat bertindak dengan tegas dan berani terhadap mereka yang sentiasa menimbulkan masalah dalam sekolah. semua rancangan mereka yang bertentangan dengan perlembagaan negara akan dihancurkan didalam nama Tuhan Yesus. Agar kemajuan Pendidikan dalam sekolah tidak terhambat. Pihak berkuasa juga tidak takut untuk bertindak terhadap mereka yang sering kali menimbulkan masalah terhadap system Pendidikan negara.
Sekali lagi kami datang kepadaMu memohon kepadaMu agar Engkau bangkitkan banyak orang-orang yang takut akan Engkau untuk menjadi guru-guru disekolah. Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan agar Engkau campurtangan dalam pengambilan guru-guru sekolah pada hari ini. Berilah mereka hikmat untuk mengenal orang-orang yang takut akan Tuhan untuk untuk menjadi guru., kami berdoa untuk semuanya ini nama Tuhan Yesus, penyelamat hidup kami berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments