top of page

Berdoa Untuk Perniagaan dan Kewangan


Ayat Firman Tuhan:

Ulangan 8:17 (AVB) Jangan sampai kamu berkata dalam hatimu, ‘Kekuatan dan keperkasaan tangankulah yang membuat aku memiliki kekayaan ini.’ Amsal 11:28 (AVB) Sesiapa yang mengharapkan kekayaannya akan jatuh, tetapi orang benar akan tumbuh subur seperti daun rimbun.


 

Perkara Doa:

1. Sepakat berdoa untuk perniagaan

2. Sepakat berdoa untuk kewangan


 

Doa:

Bapa kami di syurga, dikuduskanlah nama-Mu. Engkau Tuhan alam semesta. Pencipta langit, bumi dan laut serta segala isinya. Oleh dan melalui Firman, Engkau menciptakan seluruh alam semesta. Matahari, bulan, bintang-bintang dan semua planet di angkasa. Awan, angin, petir dan hujan Engkau ciptakan. Laut, sungai, tasik dan kolam adalah ciptaan-Mu. Gunung-ganang, bukit bukau, lembah, hutan rimba dan padang gurun Engkau ciptakan. Pokok, buah-buahan dan rumput serta segala tumbuhan Engkau ciptakan. Segala binatang yang ada di laut, di sungai, di darat dan di udara Engkau ciptakan. Semuanya untuk kemuliaan bagi-Mu. Segala sumber daya dan hasil bumi yang dijana untuk menghasiilkan kekayaan adalah untuk kemuliaan nama-Mu yang mahakuasa dan yang mahabesar. Haleluyah!


Bapa, kami bersyukur kepada-Mu atas pemeliharaan-Mu kepada kami. Engkau baik dan sangat baik. Engkau tidak membiarkan kami yang percaya dan berharap kepada-Mu mengalami kelaparan. Tuhan selalu punya penyediaan bagi kami. Terima kasih Bapa. Bapa, Engkau telah memberikan kepada kepada kekuatan atau kemahiran untuk meniliki kewangan. Kekekuatan atau kebijaksanaan itu bukan hasil kemampuan kami melainkan Engkaulah yang memberi kami kekuatan dan kebijaksanaan itu. Terpujilah nama-Mu Tuhan kami Yesus Kristus.


Bapa, kerajaan-Mu datanglah dan terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Kami memohon kepada-Mu agar para peniaga di kalagan orang Percaya akan menyedari dan memahami bahawa berkat Tuhanlah yang membuat usaha perniagaan mereka maju, berjaya dan berkembang. Kiranya mereka tidak melupakan Engkau melainkan selalu ingat akan kebaikan Tuhan dalam hidup mereka. Biarlah mereka akan menghormati Engkau dengan kekayaaan mereka dengan mempersembahkan persembahan khas dan persepuluhan kepada-Mu sebagai tanda ucapa syukur mereka. Biarlah Tuhan yang membuka jalan bagi usaha perniagaan mereka agar lebih berkembang dan akan memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang. Kiranya mereka menjadi garam dan terang bumi dalam dunia perniagaan agar nama-Mu dimuliakan di bumi.


Bapa, kami berdoa agar orang Percaya tidak akan menjadi pencinta wang. Biarlah hati kami hanya melekat kepada-Mu, sang pencipta. Mengasih Engkau dengan seluruh hidup kami. Tolong kami agar kami tidak mencintai wang atau apapun bentuk material. Bapa adalah kehendak-Mu agar kami menjadi berkat dan saluran berkat di bumi ini. Oleh itu, biarlah Roh-Mu memenuhi dan membakar hati kami dengan api belas kasihan agar kami tergerak oleh belas kasihan kepada sesama kami manusia. Biarlah kami menjadi saluran berkat dan menjadi berkat kepada golongan yang lemah, para balu, bapa tunggal, yatim piatu dan orang miskin dengan kewangan kami. Engkau memberkati kami bukan untuk diri kami sahaja. Melainkan untuk pemeliharaan bagi keluarga kami dan dikongsi kepada mereka yang memerlukan serta untuk kerajaan-Mu.


Bapa, kiranya Engkau memulihkan keadaan jemaah-Mu yang telah terjejas kewangan mereka akibat covid-19, kekangan PKP dan kelembapan ekonomi dunia. Ya Tuhan, bangkitlah menolong kami sehingga terjadi teroboson dalam kewangan orang Percaya. Tolong kami mengurusguna kewangan dengan bijak. Jangan biarkan kami menjadi tamak dan kedekut tetapi biarlah kami menjadi orang yang suka menyebar harta dan menuai dengan kelimpahan. Biarlah Engkau yang memberkati apa jua usaha perniagaan yang baik, yang tidak menyalahi undang-undang. Biarlah kewangan orang Percaya meningkat di tengah-tengah ketidapastian ekonomi global. Ya Bapa, berilah kami makanan untuk hari ini. Engkaulah El-Shaddai. Terima kasih Bapa. Terpujilah nama-Mu, dalam nama Yesus. Amin.


Pr Hamjah @ Hamzah Sabin





コメント


bottom of page