Dasar Firman Tuhan:
1 Timotius 6:8-10 Oleh itu, cukuplah jika kita mempunyai pakaian dan makanan. 9 Orang yang ingin menjadi kaya tergoda dan terjerat oleh bermacam-macam keinginan yang sia-sia dan mencelakakan. Keinginan seperti itu menjatuhkan dan membinasakan orang. 10 Sikap mencintai wang menimbulkan segala macam kejahatan. Ada orang yang mengejar wang, sehingga menyangkal Kristus dan akhirnya menderita serta berdukacita.
Fokus Doa Perniagaan dan kewangan:
1. Perniagaan dan kewangan negara di urus dengan baik telus dan adil
2. Orang Kristian yang terlibat dalam Perniagaan dan kewangan jujur dan telus
Doa
Bapa kami yang berada di dalam Surga, kami datang kepadaMu pada saat ini, membawa sector perniagaan dan kewangan didalam negara kami ke dalam tanganMu yang berkuasa.
Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk penguasa-penguasa dalam negara yang terlibat dalam sector perniagaan dan kewangan negara, agar Engkau memberikan mereka hikmat dan kebijaksanaan didalam mereka mengurus sector kewangan dan perniagaan didalam negara kami, agar semuanya projek pembanguan didalam negara ini sesungguhnya dinikmati oleh semua rakyat negara ini dengan baik. Sehingga perekonomian rakyat dapat ditingkatkan oleh kerana kebijaksanaan yang mereka terima daripadaMu. Tolong mereka agar mereka memiliki keberanian untuk berkata “tidak” kepada penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan dana kerajaan sehingga pengurusan dana kerajaan yang berkaitan dengan kebajikan rakyat dan pembanguan negara dilaksanakan dengan telus.
Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan semua orang Kristian yang terlibat didalam sector perniagaan dan kewangan negara pada hari ini. Tuhan berikan mereka hati yang takut akan Tuhan agar mereka berani untuk menolak setiap godaan keinginan daging, terutamanya rasuah, penipuan dan pembohongan dalam pengurusan mereka. Berikanlah mereka roh yang merasa cukup dengan apa yang mereka miliki pada saat ini sehingga mereka tidak jatuh didalam roh ketamakan. Pakailah hidup mereka Tuhan untuk menjadi saksiMu tentang kebaikanMu sewaktu mereka menjalankan tugas mereka setiap hari.
Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk perniagaan haram yang masih berjalan didalam negara kami pada hari ini, iaitu penyeludupan, judi dan sebagainya. Tuhan berkerjalah RohMu didalam hati mereka yang menjalankan perniagaan haram ini. Dengan membukakan mata rohani mereka untuk melihat bahawa menjalankan perniagaan yang haram tidak baik untuk diri mereka bahkan untuk negara ini. Sekiranya penglibatan mereka dalam perniagaan haram ini melibatkan campurtangan pihak-pihak yang berkuasa, kami berdoa kepadaMu ya Tuhan agar kegiatan mereka akan terbonkar dihadapan penguasa negara ini, setiap pekerjaan mereka akan dipatahkan.
Dengan itu kami berdoa kepadaMu ya Tuhan agar Engkau membangkitkan didalam negara kami banyak orang-orang yang takut akan Tuhan, untuk mengurus dan terlibat dalam sector perniagaan dan kewangan negara kami, satukanlah hati mereka didalam mereka mengurus ekonomi negara kami pada hari. Agar kehidupan rakyat didalam negara ini akan sentiasa aman dan kecukupan setiap hari. Didalam nama Tuhan Yesus, penyelamat hidup kami berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments