top of page

Berdoa Untuk Seni dan Budaya




Ayat Firman Tuhan:

2 Tawarikh 2:7 (AVB)

"Sekarang, sudilah tuan mengirimkan kepadaku seorang yang ahli mengerjakan emas, perak, gangsa, besi, kain ungu, kain kirmizi, dan kain biru, serta yang juga ahli membuat ukiran. Dia akan bekerja bersama-sama para ahli yang ada denganku di Yehuda dan di Yerusalem, yang telah disediakan oleh Daud, ayahku."

Mazmur 19:1-6 (AVB)

"Seluruh langit mengakui kemuliaan Allah; dan cakerawala menunjukkan ciptaan-Nya. Hari menyebutkan kepada hari; malam memberitahu kepada malam. Tiada pertuturan atau bahasa yang tidak mendengar suara mereka. Khabar mereka telah sampai ke serata bumi, dan kata-kata mereka ke hujung dunia. Tuhan telah mendirikan khemah di langit untuk matahari, yang seperti pengantin lelaki keluar dari astaka biliknya, seperti lelaki gagah ghairah berlumba. Matahari terbit lalu beredar dari satu hujung ke satu hujung langit; tiada yang terlindung daripada panasnya."

 

Perkara Doa:

1. Sepakat berdoa untuk seni

2. Sepakat berdoa untuk budaya


 

Doa:


Bapa kami di syurga. Betapa mulianya nama-Mu, kemuliaan-Mu memenuhi bumi, keagungan-Mu mengatasi langit. Kami bersyukur dalam hal kesempatan masih bernafas dan dapat membuka mata lagi setelah sepanjang malam beristerehat dalam naungan-Mu.


Bapa, saat mata kami melihat ciptaan-Mu, kami terpesona. Warna warni menghiasi langit ketika sang suria muncul di ufuk timur hingga terbenam di ufuk barat. Pelangi muncul lagi selepas hujan - tanda perjanjian-Mu dengan manusia. Kami megakui Engkau adalah Sang Pelukis Agung. Ketika kami melihat gunung, bukit, lembah, tasik, kolam, sungai, laut dan pulau serta segala ciptaan-Mu; Kami kagum akan Engkau. Tidak dapat tidak, kami mengakui Engkau adalah Juru Ukir, Pemahat Ajaib dan Hebat. Pada ciptaaan-Mu, kami melihat seni. Seni yang melebihi segala seni. Seni yang tiada bandingnya. Bapa, tiada seperti-Mu yang berkuasa di syurga dan di bumi.


Bapa, kerajaan-Mu datanglah, kehendak-Mulah terjadi di bumi seperti di syurga. Kami percaya seni untuk kemuliaan Tuhan. Kami memohon kepada-Mu Bapa agar membangkitkan para orang Percaya yang berkecimpung dalam dunia seni. Sama ada dalam bidang seni suara, seni lukis, seni binaan, seni ukir, seni lakon, seni tari dan lain-lain. Kiranya roh takut akan Tuhan menguasai hati mereka. Kiranya anak-anak-Mu yang berada dalam industrti seni, hidup sesuai dengan Injil-Mu supaya mereka menjadi saksi Kristus dalam dunia seni dan hiburan. Biarlah mereka memancarkan kasih Kristus kepada dunia melalui perkataan dan tindakan mereka. Kami berdoa agar mereka berdiri teguh dalam iman dan tidak terpengaruh dengan cara-cara dunia melainkan tetap mempertahankan kelakuan yang bersih dengan firman-Mu.


Bapa, kami mohon kepada-Mu. Biarlah Roh-Mu memberikan kepada mereka rhema, idea dan inspirasi dalam penulisan lagu. Kiranya melalui lagu-lagu tersebut menginspirasikan orang untuk mencari Engkau dan mengenal Engkau Yesus Kristus. Biarlah Roh Kudus memberikan mereka ilham dalam seni lukis agar melalui lukisan memberikan kesedaran orang lain tentang kejatuhan manusia dalam dosa, upah dosa, rencana penebusan manusia dari dosa, pertaubatan dan keselamatan kekal. Tolong berikan mereka hikmat agar melalui seni mereka mesej tentang pengharapan dalam Kristus dapat disampaikan.


Bapa, kami percaya Engkau belerja dalam budaya manusia. Ajarlah kami agar kami dapat membezakan budaya yang sesuai dengan firman-Mu dan budaya yang bertentangan dengan firman-Mu. Kami menyedari bahawa iblis juga telah meniru Tuhan dalam hal bekerja melalui budaya. Iblis telah memanipulasi budaya untuk membuat manusia semakin jauh dari Tuhan. Oleh itu, kami menggunakan autortiti dalam nama Yesus untuk menterbalikkan keadaan agar manusia mengerti budaya yang baik wajar dipertahankan dan boleh menjadi satu wadah untuk manusia mendekat kepada-Mu. Kami berdoa agar budaya ketimuran yang sinonim dengan kesopanan dan kesusilaan dipegang teguh dan menjadi amalan yang memuliakan nama-Mu. Biarlah melalui seni dan budaya, nama Tuhan Yesus Kristus ditinggikan. Terpujilah Engkau Bapa yang kekal. Di dalam nama Yesus, amin.


Pr Hamjah @ Hamzah Sabin






Comments


bottom of page