top of page

Berdoa Untuk Seni dan Budaya

Dasar Firman Tuhan:

1 Korintus 9:21-22 Ketika aku mengkhabarkan Berita Baik kepada orang bukan Yahudi, aku berlaku seperti orang bukan Yahudi, yang tidak terikat kepada Taurat orang Yahudi. Aku melakukannya supaya aku dapat memimpin mereka menjadi pengikut Kristus. Tetapi hal ini tidak bererti bahawa aku tidak taat kepada hukum Allah; sebenarnya aku dikuasai oleh hukum Kristus. 22 Di kalangan orang yang tidak yakin akan kepercayaan mereka, aku pun berlaku seperti mereka, supaya aku dapat memimpin mereka menjadi pengikut Kristus. Oleh itu aku menyesuaikan diri dengan keadaan semua orang, supaya dengan segala cara aku dapat menyelamatkan beberapa orang daripada mereka.

 

 

Fokus Doa Seni dan budaya:

1. Seni dan budaya menyebabkan kebanggaan dalam hati

2. Seni dan budaya melihat keAgungan Tuhan.

 

 

Doa

 

Bapa kami yang berada di dalam Surga, Allah pencipta langit dan bumi dan segala isinya, kami datang kepadaMu dan menyerahkan seni dan budaya yang ada didalam negara kami pada hari ini.

 

Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk seni dan budaya yang dianugarahkan oleh Engkau kepada kami pada hari ini. Kami memohon kepadaMu agar Engkau membuka mata kami untukmelihat kemuliaanMu didalam seni dan budaya yang kami miliki pada hari ini, sehingga kami menggunakan semua yang kami miliki hari ini untuk memuliakan dan mengagungkan namaMu, sebab seni dan budaya adalah pemberian yang daripadaMu untuk kami.

 

Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk seni dan budaya yang dianugarahkan oleh Engkau kepada kami pada hari ini. Kami memohon supaya Tuhan menolong kami bagaimana kami boleh menggunakan pemberianMu ini untuk memberkati orang yang ada disekeliling kami pada hari ini. Berilah hikmat dan kebijaksanan kepada kami untuk menggunakan seni dan budaya yang kami miliki hari ini. Kami rindu seni dan budaya ini akan terus digunakan Tuhan untuk menyatukan hati kami. Tuhan biarlah kemuliaanMu dan kebesaranMu memancar melalui seni dan budaya.

 

Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk seni dan budaya yang kami miliki pada hari ini, ajarlah kami untuk menghormati perbezaan yang kami miliki. Ajarlah kami untuk memahami perbezaan seni dan budaya yang ada diantara kami. Segala rencana yang tidak baik daripada pihak-pihak yang tertentu, yang cuba memecahkan hubungan kami dengan satu yang lain melalui seni dan budaya kami hancurkan didalam nama Tuhan Yesus. Tolonglah kami agar memiliki kebijaksanan dalam menghargai perbezaan yang ada. Agar hubungan diantara setiap kamu dan bangsa akan tetap kuat dan teguh.

 

Kami berdoa kepadaMu ya Tuhan untuk seni dan budaya yang kami miliki pada hari ini, ciptalah hati yang membanggakan diriMu didalam kami menggunakan setiap seni dan budaya yang kami miliki, ajarlah kami untuk membina hubungan diantara satu yang lain melalui perbezaan yang kami miliki didalam negara kami pada hri ini, agar kami akan terus hiduip anam dan damai sentiasa.

 

Oleh itu kami mengucap syukur kepadaMu dengan seni dan budaya yang kami miliki masing-masing didalam negara kami menurut suku dan bangsa kami. Pakailah setiap seni dan budaya yang ada untuk memuliakan namaMu, biarlah anugarahMu nyata melalui seni dan budaya yang ada, didalam nama Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus, berdoa amin.

 

Pr Patrick Taie



Comments


bottom of page