Berdoalah untuk menjadi wanita yang sabar menunggu.
Saya percaya bahawa salah satu ciri wanita yang paling indah untuk dipelajari ialah "kesabaran".
Saya telah mendengar banyak kali bahawa wanita sepatutnya dapat mengelakkan kesakitan, trauma dan isu kepercayaan jika lebih mereka lebih yakin diri dan tidak berkompromi. Walaupun kelemahan kita tidak sia-sia di tangan Tuhan, tetapi jika anda tidak belajar daripada masa lalu anda, anda tidak dapat tumbuh sepenuhnya, terutamanya apabila Allah memanggil kamu.
Sebagai wanita, kita dipanggil untuk menunggu.
Saya faham ada segelintir lelaki berdoa secara setia untuk seseorang yang diminatinya. Namun begitu, mereka hanya melihat wanita yang tergesa-gesa untuk berada dalam hubungan dan menerima kurang daripada yang mereka layak. Oh wanita muda, saya berharap anda melihat nilai anda seperti yang dilihat oleh Tuhan. Hidup anda tidak ditentukan oleh perbuatan orang lain - bahkan dengan hal-hal yang tidak teratur yang anda lakukan pada masa lalu. Seorang lelaki yang beriman tidak akan melawan anda dengan menggunakan masa lalu anda. Sebagai orang percaya, dia akan mengingatkan anda tentang kasih karunia Tuhan — walaupun anda tidak layak menerima-Nya.
Sebagai wanita, kita dipanggil untuk menunggu secara aktif.
Saya berdoa agar anda mekar menjadi wanita yang dikehendaki oleh Tuhan. Anda bukan "hanya seorang wanita". Oleh itu, berusahalah untuk menjadi wanita yang mengikuti Allah. Pergilah ke mana pun Dia memanggil anda pergi. Biarlah anda mekar dalam keluarga, kerjaya, pelayanan, semangat, dan penyampaian Khabar Baik kepada generasi seterusnya. Sebagai wanita, anda dipanggil untuk berharap kepada Tuhan dan bukan untuk mengejar lelaki. Berhentilah tergesa-gesa dan jika anda mempunyai keinginan untuk berkahwin, Allah akan memperbolehkan dalam masa-Nya. Saya berharap anda tidak melihat nilai anda berdasarkan jumlah lelaki yang menyukai anda kerana anda lebih dari sekadar objek atau tubuh anda. Ya, adalah wajar anda menjaga diri sendiri dan mencintai wajah dan tubuh anda, tetapi jika anda menggunakan penampilan anda untuk menarik perhatian lelaki, itu tidak akan bertahan lama. Anda fokuslah kepada hal-hal yang penting iaitu memiliki hati yang murni dan murah hati. Bukan itu sahaja, anda juga fokus kepada perkara-perkara yang di syurga.
Kepada lelaki yang beriman dan berani, saya ingin mengatakan bahawa “anda jelas dilihat.” Dunia ini mungkin mendesak anda tentang tahap "pendirian seorang lelaki sejati". Apabila kamu beriman, kamu tidak akan melakukan hal duniawi seperti merendahkan wanita. Oleh itu, saya masih percaya anda masih berteguh hati kerana Yesus dapat melakukan segala perkara dalam hidup kita.
Mari kita semua menjadi seperti Yesus, kerana itulah panggilan Allah dalam hidup kita.
Jemimah Ramos
Comments