“…Aku tidak bergantung kepada busur, atau pedang untuk menyelamatkan diri,…” Mazmur 44:7
Pemazmur berkata kepada kita bahawa “..Tuhan adalah Rajanya dan Allahnya; Dialah yang memberikan kemenangan kepada umat-Nya. Dengan kuasa Tuhan pemazmur dapat mengalahkan musuh-musuhnya dan menakluki orang yang menyerang mereka.
Itulah sebabnya pemazmur berkata kepada kita bahawa dia tidak “..percaya kepada panah atau pedangnya untuk menyelamatkannya. Namun yang dia percaya untuk menyelamatkan mereka daripada musuh-musuh mereka adalah Tuhan.
Pemazmur mengaku kepada kita bahawa semua kemenangan yang mereka alami selama ini oleh mereka bukanlah oleh karena keperkasaan mereka secara sendiri, tetapi oleh karena kuasa Allah yang bersama-sama dengan mereka selama ini.
Tanpa kuasa Tuhan campurtangan didalam segala usaha dan perjuangan mereka maka segalanya akan menjadi sia-sia. Inilah sebabnya pemazmur berkata bahawa “..dia tidak bergantung kepada busur atau pedang untuk menyelamatkan diri.
Walaupun mereka memiliki orang yang perkasa yang luar biasa banyaknya namun yang menyelamatkan mereka sehingga mereka tidak dipukul mundur dan dipermalukan oleh orang Kanaan adalah Tuhan. semuanya terjadi oleh karena tangan kanan Tuhan yang berperang bagi mereka.
Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita selama ini bersandar pada kuasa Tuhan menghadapi setiap cabaran yang kita hadapi ataupun sebaliknya?
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan bersyukur kepadaMu, kerana Engkau saya dapat mengatasi segala cabaran yang saya lalui. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comentarios