Hari 12: Siri Pengabdian Dari Fokus Pada Keluarga
“Seperti kota terbongkar yang tidak punya tembok, demikianlah orang yang tidak mengawal dirinya. ” Amsal 25:28 AVB
BERCAKAP DENGAN ALLAH
Bergilir-gilir berterima kasih kepada Tuhan untuk haiwan kegemaran anda dan untuk keajaiban ciptaan-Nya.
MELANGKAH KE TEMPAT YANG DALAM
Fikirkan haiwan yang anda ingin tunggangi. Galakkan anak-anak kecil dalam keluarga anda untuk melakonkan haiwan pilihan mereka, kemudian bergilir-gilir bercakap tentang haiwan yang anda akan pilih untuk ditunggangi dan mengapa.
LEBIH DALAM LAGI
Pelbagai jenis haiwan boleh ditunggangi: kuda, llama, keldai, gajah, unta dan juga burung unta. Dan walaupun ia mungkin menyeronokkan untuk menunggang haiwan ini, ia akan menjadi sukar untuk pergi ke mana-mana tanpa mengetahui cara untuk mengawalnya. Bagi kebanyakan haiwan, tali dan kekang digunakan untuk memberikan tekanan untuk mengarahkan mereka ke arah yang betul. Alkitab menggunakan tali dan kekang sebagai perumpamaan – “Janganlah berkelakuan seperti kuda atau keldai, yang tidak berakal dan perlu dipasangkan tali serta kekang supaya menurut kata.” (Mazmur 32:9). Jika anda menghadapi masalah untuk mengawal diri anda, anda mungkin merasakan tekanan disiplin Tuhan dimana Dia mengarahkan anda ke arah yang betul. Disiplin ini boleh datang melalui ibu bapa atau pihak berkuasa lain. Walau bagaimanapun, apabila anda memilih untuk mengikuti Firman Tuhan dan segera mematuhi-Nya, Dia akan memastikan anda berada di jalan yang betul.
PERBINCANGAN
Apakah perkara yang seperti "tali dan kekang" untuk manusia?
Daripada siapa atau dari mana kamu mendapat bimbingan ?
Bagaimanakah anda bertindak balas terhadap arahan Tuhan? Adakah anda dengan mudah mematuhi mereka?
Comments