“…Kita berharap kepada TUHAN; Dialah penolong dan pelindung kita. Kita bersukacita kerana Dia; kita percaya kepada nama-Nya yang suci.....…” Mazmur 33:20-21
Pemazmur sedar akan keterbatasan dirinya dalam banyak perkara didalam hidupnya, oleh itu dia berkata kepada kita“…nantikan TUHAN, kerana Dia menolong dan melindunginya dan membuat dia bersukacita. Dengan itu dia percaya kepada nama-Nya yang kudus…”
Pemazmur tahu bahawa hanya berharap kepada Tuhan hidupnya terjamin daripada setiap ancaman musuh-musuh yang ada disekelilingnya. Oleh itu untuk menikmati kehidupan yang aman dan damai maka pemazmur mengajar dirinya untuk berharap hanya kepada Tuhan untuk menolong dan membimbing hidupnya.
Hal ini berkata kepada kita bahawa betapanya kita sangat memerlukan penyertaan dan pertolongan Tuhan didalam hidup kita setiap hari. Walaupun kita memiliki banyak perkara-perkara yang dunia ini ini banggakan, namun semuanya itu tidak dapat menjaminkan keberlangsungan kehidupan kita didunia tanpa Tuhan.
Dengan itu kita sangat memerlukan penyertaan dan bimbingan Tuhan didalam kehidupan kita setiap hari agar kita dapat merasa aman dan damai didalam hidup ini.
Kepada siapakan anda sekarang ini meletakkan harapan anda....
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu dengan bersyukur kepadaMu kerana kasih setiaMu yang sentiasa baru didalam hidup saya. padaMu saya berharap ya Tuhan didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
コメント