“…Dia berfirman, “Berhentilah berperang, ketahuilah bahawa Aku ini Allah, yang agung antara bangsa-bangsa dan di seluruh bumi…” Mazmur 46:11
Perkataan “berhentilah berperang” diterjelmah sebagai “..Jangan berkelahi, Diamlah.....”.
Pemazmur berkata kepada kita bahawa Dia Tuhan yang dapat menghentikan peperangan di mana-mana di dunia ini. Dia dapat mematahkan busur musuh-musuhnya, membinasakan tombak mereka, dan membakar perisai mereka.
Oleh itu Tuhan memperingatkan pemazmur, “supaya jangan berkelahi, tetapi ketahuilah bahawa Dia adalah Tuhan. sebab Dia Tuhan yang dapat menaklukkan semua bangsa-bangsa dan menguasai seluruh dunia ini.
Dengan itu pemazmur tidak perlu takut menghadapi musuh-musuhnya sebab TUHAN Yang Mahakuasa bersama-sama dengannya, iaitu Allah Yakub, perlindungan hidupnya ada bersama-samanya.
Bagi Tuhan perkelahian bukanlah cara untuk menghadapi cabaran hidup, tetapi perlu berdiam dan ingat Tuhan bahawa Dia yang berkuasa. Berdiam bererti kita hanya membiarkan Dia bertindak bagi pihak kita dalam segala yang kita hadapi.
Sebab didalam Tuhan segalanya boleh diubah atau diselasaikan, dengan kata lain bagi Tuhan tidak ada satu pun masalah atau cabaran tidak dapat diselasaikan. Segalanya ada jalan keluar didalam Tuhan, oleh itu berserahlah kepada Tuhan untuk bertindak.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerah kehidupan saya kepadaMu, dan memohon bimbingan daripadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments