top of page

Berhentilah Bertengkar


“…Nasihatilah ahli jemaahmu dan ingatkan mereka di hadapan Allah, supaya jangan bertengkar tentang istilah. Perkara itu tidak ada gunanya, malahan merosakkan iman orang yang mendengarnya.....” 2 Timotius 2:14


Paulus menasihat Timotius supaya menasihat dan memperingatkan ahli jemaahnya dihadapan Tuhan dengan tegas, supaya mereka berhenti bertengkar atau berdebat tentang hal-hal yang tidak berguna., sebab pertengkaran seperti itu tidak akan menghasilkan apa-apa yang baik, tetapi hanya akan menghancurkan orang yang mendengarnya.


Dengan itu berhentilah bertengkar tentang hal-hal yang tidak berguna, sebab semuanya itu hanya akan membuka ruang didalam hidup kita bagi iblis untuk berkerja sehingga semuanya itu akan menghancurkan diri kita dan juga orang yang mendengarnya.


Oleh itu marilah kita berhenti bertengkar, sebab pertengkaran tidak dapat memberikan apa-apa keuntungan kepada kehidupan kita baik sekarang atau akan datang, oleh itu lengkapilah diri kita dengan kata-kata Firman Tuhan yang boleh membangun dan membina orang yang mendengarnya.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu sekiranya saya mudah untuk bertengkar tetapi binalah hati yang mengasihi dan membangun dalam saya. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page