“…Hamba Tuhan tidak sepatutnya bertengkar. Dia mesti ramah dengan semua orang dan dapat mengajar orang dengan baik dan sabar....” 2 Timotius 2:24
Paulus menasihati Timotius sebagai seorang hamba Tuhan, dia harus menghindarkan dirinya daripada pertengkaran dengan orang lain. Sebaliknya, dia harus dengan lemah-lembut dan bersabar mengajar orang-orang yang salah, agar melalui pengajarannya, dengan pertolongan Tuhan, dia boleh terlepas daripada pendirian yang salah.
Dengan itu, Timotius haruslah menghindarkan dirinya daripada terlibat dalam pertengkaran dengan orang lain, sebab pertengkaran merupakan perangkap Iblis yang digunakan olehnya untuk menjerat dirinya masuk ke dalam perbuatan dosa. Dengan itu, Timotius menghindarkan dirinya daripada bertengkar.
Oleh itu, janganlah kita bertengkar dengan sesiapa pun, sebab pertengkaran tidak pernah dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang kita sedang hadapi. Sebaliknya, pertengkaran hanya akan menghancurkan persahabatan yang kita bina selama ini.
Doa: Bapa di syurga, saya datang kepada-Mu, menyerahkan hidup saya kepada-Mu. Ajar saya untuk menjauhkan diri daripada pertengkaran. Ampunilah saya dan bersihkanlah saya. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comentários