top of page

Berjanjilah untuk Setia kepada Tuhan Allah Kita

Yosua 24:22-24, 27 (BM)

Yosua berkata kepada mereka, "Kamu menjadi saksi kamu sendiri bahawa kamu telah memilih untuk mengabdi kepada TUHAN." Mereka menjawab, "Ya. Kami menjadi saksi." Yosua berkata lagi, "Jika demikian, buanglah tuhan-tuhan bangsa asing yang ada pada kamu dan berjanjilah untuk setia kepada TUHAN, Allah Israel." Kemudian umat itu berkata kepada Yosua, "Kami akan mengabdi kepada TUHAN, Allah kita. Kami akan mematuhi perintah-Nya." Yosua berkata kepada semua orang itu, "Batu ini saksi kita. Batu ini telah mendengar segala firman TUHAN kepada kita. Oleh itu batu ini menjadi saksi terhadap kamu untuk mengingatkan kamu supaya tidak melawan Allah kamu."


Pengajaran/Refleksi

1. Biarlah saudara sendiri menjadi saksi bahawa saudara telah memilih untuk mengabdi kepada TUHAN Yesus.

2. Jika saudara telah berbuat demikian, buanglah tuhan-tuhan yang saudara sembah atau percayakan sebelum ini dan berjanjilah untuk setia kepada Tuhan Yesus dan patuhi segala perintah-Nya sampai selamanya. Ingatlah perjanjianmu dengan Tuhan dan jangan melawan TUHAN sepanjang hidupmu.


BUATLAH KEPUTUSAN HARI INI KEPADA SIAPA SAUDARA MENGABDIKAN DIRI. KEPADA TUHAN YESUS ATAU KEPADA ILAH YANG LAIN. SUADARA SENDIRI AKAN MENJADI SAKSI DIHADAPAN TUHAN.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini. Kami berjanji, hanya tetap mengabdikan diri kepada TUHAN. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Di dalam dan di atas nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page