“...Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati, tetapi Engkau merendahkan orang yang sombong..... Maz 18:28
Pemazmur berkata kepada mereka yang sedang tertindas tentang penghiburan yang menanti mereka daripada Tuhan kerana mereka rendah hati. Tuhan akan menyelamatkan atau menolong mereka daripada penindasan.
Namun bagi mereka yang sombong atau tinggi hati, Tuhan akan menghukum atau merendahkan mereka. Kerana mereka memandang hina orang yang miskin dan salih.
Pemazmur memberi mendorong kepada mereka yang tertindas bahawa “Tuhan akan membuat pelita mereka bercahaya, ini bererti, Tuhan akan membangkitkan dan menghiburkan roh mereka yang berduka, dan tidak akan membiarkan mereka terus diliputi kesedihan.
Pemazmur percaya bahwa Allah menyelamatkan mereka karena mereka adalah orang benar dan menjalani kehidupan seturut dengan hukum Tuhan. Dengan itu mereka tidak perlu bersedih dan lemah sebab Tuhan akan menolong mereka.
siapakah orang yang rendah hati ini? Mereka adalah orang yang melihat orang lain lebih baik daripada dirinya didalam segala aspek tanpa merendahkan mereka. Dia melihat orang lain penting dan bergunakan bagi Tuhan.
Siapakah mereka yang sombong ini? Mereka adalah mereka yang bermegah dengan dirinya bahawa dia lebih baik daripada orang yang lain, dia memikirkan bahawa dia sesorang yang baik dan meletakkan dirinya melebih orang lain.
Bagaimanakah dengan diri anda pada hari ini, siapakah diri anda dihadapan Tuhan sekarang ini? Marilah kita selidiki hati kita dihadapanNya. Apakah anda telah menjalani kehidupan yang berkeanaan dihadapan Tuhan.
Firman Tuhan berkata “hendaklah kamu semua memiliki kerendahan hati, yang seorang kepada yang lain karena: Allah menentang orang yang sombong, tetapi Ia memberi anugerah kepada orang yang rendah hati. (1 Tim 5:5).
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu, sekiranya saya menjalani kehidupan yang tidak berkenaan dihadapanMu, ampunilah saya, ubahlah dan bentuklah saya menjadi serupa denganMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr. Patrick Taie
Comments