top of page

Berpaut Kepada Tuhan


“…Aku berpaut kepada-Mu, tangan-Mu yang kuat menopang aku....” Mazmur 63:9


Pemazmur berkata kepada kita tentang keyakinan dirinya kepada perlindungan Tuhan ke atas dirinya didalam segala keadaan yang sedang dia lalui. Pemazmur sangat yakin bahawa Tuhan akan melepaskan dirinya daripada musuh-musuhnya yang mengancam.


Oleh kerana Tuhan maka pemazmur tidak rasa kuathir dengan keadaan yang sedang dia lalui didalam hidupnya, sebab dia tahu bahawa Tuhan adalah tempat untuk dirinya berpaut untuk memperolehi perlindungan dan bimbingan.


Berada di padang gurun yang sangat kering dan gersang, merupakan pengalaman yang sangat mencabar iman pemazmur. Namun dalam keadaan yang sangat mencabar ini, iman pemazmur kepada Tuhan tidak pernah tergugat. Sebab kasih dan kesetiaan Tuhan memenuhi segala keperluan pemazmur secara rohani dan jasmani.


Berpaut kepada Tuhan merupakan kekuatan didalam kehidupan pemazmur sewaktu menjalani kehidupan yang sangat mencabar dipadang gurun, menyebabkan keyakinan pemazmur menjadi bertumbuh lebih kuat.


Bagaimana keadaan yang anda sedang lalui pada hari ini, apakah keyakinan anda pada Tuhan bertambah kuat, atau apa keyakinan kita bertambah pertolongan dan pembelaan Tuhan terhadap hidup anda.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbingan daripadaMu, didalam saya mejalani kehidupan saya setiap hari, ajar saya untuk terus berpaut padaMu setiap hari. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comentários


bottom of page