top of page

Berpegang Teguh Pada Hikmat dan Kebijaksanaan


Amsal 3:21-26 "Hai anakku, peganglah hikmah dan kebijaksanaan, jangan biarkan semua itu luput daripada pandanganmu; semua itu akan menjadi kehidupan bagi jiwamu, perhiasan bagi lehermu. Maka engkau akan melangkah di jalanmu dengan selamat, dan kakimu tidak akan tersandung. Ketika berbaring, engkau tidak akan berasa takut, engkau akan berbaring dan mendapat nikmat tidur yang lena. Janganlah takut terhadap kengerian yang datang tiba-tiba, atau terhadap kebinasaan yang kelak melanda orang durjana, kerana Tuhan sumber keyakinanmu, dan akan menjaga kakimu daripada terjerat."


Secara am nya, hikmah datang dari Allah. Hikmah-lah yang paling penting

sekali dalam kehidupan seseorang. Solomon, individu yang paling bijak dalam

dunia, apabila di tanya Tuhan apakah permintaannya, dia meminta hikmah dan bukannya kekayaan. Kita boleh mmebaca ini di 1 Raja 3:9 "Oleh sebab itu kurniailah hamba-Mu ini hati yang bijaksana untuk memerintah umat-Mu sehingga aku dapat membezakan antara yang baik dengan yang jahat, kerana siapakah yang dapat memerintah umat-Mu yang besar ini?"


Jadi nasihat yang terbaik Solomon beri kepada kita ialah berpegang teguh pada hikmah. Dengan hikmah kamu dapat membuat rencana dengan baik dan pasti nya kamu akan berjaya. Hikmah bermula dengan takut kepada Tuhan. Jika kamu mempercayai Tuhan, kamu sudah membuat keputusan yang bagus dan bijak. Jangan lepaskan Tuhan dari peganganmu! Dan semuanya pasti akan baik-baik sahaja.


Dari ayat 23 hingga 26, kita mendapat faedah-faedah jika kita terus takut akan Tuhan. Apakah faedah-faedah yang dinyatakan?

1.Jalanmu selamat

2. Tidak akan takut waktu tidur

3. Tidur dengan lena. (saya sendiri akui semenjak saya percaya Yesus waktu saya tidur, saya betul-betul tidur dengan lena)

4. Kita berani menghadapi apa jua kecemasan.

5. Kebinasaan yang melanda orang durjana tidak akan mendekati kamu. (Tuhan memberi keyakinan dan keberanian)

6. Hari ini ada banyak scam di Internet. Tuhan akan menjaga kamu supaya kamu tidak di-scam. (Kalau kita lupakan Tuhan kita senang di scam kerana kita cepat takut dan kita tidak mendengar Roh Kudus memberi amaran kepada kita)


Hai anak-anak Tuhan peganglah dengan gengaman yang kuat, bijaksana dari

Allah. Banyak keuntungan bagi kamu!


Doa: O Tuhan saya berdoa buat orang muda, supaya mereka akan takut kepada

Tuhan dan memperolehi bijaksana dari syurga. Dalam nama Tuhan Yesus, saya telah berdoa.


Amen!

Pak Tang

Comments


bottom of page