Matius 5:7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka
akan dikasihani juga.
Kunci yang ke-5, ialah sifat berpengasihan, ataupun belas kasihan, yang saya yakin akan mencabar polar pemikiran dan paradigma kita.
Persoalan yang pertama ialah mengapa harus kita menunjukkan sifat
belas kasihan?
Matius 5:7 (AVB) Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka
akan dikasihani juga.
3 sebab mengapa kita harus menunjukkan sifat belas kasihan:
Sebab #1: Kerana Tuhan telah menunjukkan belas kasihan kepada
kita (Matius 18).
Tuhan mahu kita untuk “pass-it-on” atau mewariskan belas kasihan yang telah kita terima daripada Tuhan.
Mari lihat tentang perumpamaan di dalam Matius 18, ada seorang hamba yang berhutang dengan seorang raja. Raja itu berasa kasihan kepadanya lalu menghapuskan segala hutangnya dan membebaskannya.
Tetapi, hamba ini, walaupun ditunjukkan belas kasihan oleh Raja, tidak membuatkan yang sama kepada rakan hamba yang lain. Dia memerintahkan rakannya dipenjarakan sehingga mereka menjelaskan hutangnya.
Apabila, raja tersebut mendapat tahu bahawa, hamba yang tidak berpengasihan tersebut membuat kejam, walaupun dia dihapuskan hutang dan diampuni, Raja tersebut murka dan menitahkan supaya hamba yang tidak berperikemanusiaan itu dipenjarakan dan dihukum sehingga semua hutangnya dibayar. Kerana sepatutnya hamba tersebut mengasihani rakannya sebagaimana raja telah mengasihani dia.
Marilah kita menunjukkan belas kasihan kerana kita telah diberikan belas kasihan terlebih terdahulu.
Sebab#2: Kerana kita akan memerlukan belas kasihan untuk masa hadapan (Yakobus 2:13)
Kita akan membuat banyak kesilapan di dalam hidup kita. Dan kerana itu, kita memerlukan belas kasihan Tuhan. Kita memerlukan kasih kurnia Tuhan.
Dan apabila kita menerima belas kasihan Tuhan, yang keluar daripada perhubungan kita dengan Tuhan akan membolehkan kita mengamalkan belas kasihan.
Sebab#3: Kerana kita akan mendapat kebahagian (Matius 5:7, Amsal 19:17 )
Apabila kita memberikan belas kasihan kepada orang lain, kita akan berbahagia. Ia akan memberikan kita kepuasan yang tidak terhingga.
Alkitab ada mengatakan bahawa sesiapa yang mengasihani orang miskin adalah seperti memberikan pinjaman kepada Tuhan , dan Tuhan akan membalas jasa baik kita.
Ini adalah “privilege” yang Tuhan berikan kita untuk membantu mereka yang miskin.
Persoalan yang lebih penting ialah bagaimana boleh kita menunjukkan belas kasihan kepada orang lain?
Supaya kita menukarkan pola pemikiran kita daripada yang duniawi kepada yang syurgawi.
Supaya kepercayaan kita bukan secara teori, tetapi praktikal yang boleh kita lakukan setiap hari.
5 langkah praktikal yang boleh kita praktikkan di dalam hidup kita untuk menjadi agen belas kasihan kepada dunia.
#1: Berpengasihan bermakna kita membantu orang yang di dalam kesedihan.
Yesus pernah menceritakan tentang ibarat seorang Samaria
yang baik hati.
Ada 3 orang di dalam perumpamaan ini:
Seorang imam
Seorang suku bangsa lewi
Seorang samaria
Saudara, orang yang mengasihi sesama manusia di dalam perintah agung ialah orang samaria, kerana dia menunjukkan belas kasihan kepada seorang yang malang tersebut. Manakala, imam dan suku bangsa lewi tidak menunjukkan sikap berpengasihan langsung.
Amsal 3:27 Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya.
Belas kasihan bermakna kita memberi kepada mereka yang memerlukan, bukan kerana kelayakan mereka. Kita juga tidak layak menerima belas kasihan Tuhan, tetapi kerana kasih kurnianya yang besar, kita orang orang berdosa menerima belas kasihan Tuhan.
Roma 12:8 mengatakan bahawa kita yang diberkati haruslah memberikan kepada orang lain dengan murah hati dan dengan belas kasihan.
Alkitab mengatakan bahawa kita lakukan semua ini dengan sukacita. Kita yang diberkati, haruslah memberkati.
Amsal 3:27 (AVB) Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya.
#2: Berpengasihan bermakna kita memberikan orang lain peluang yang kedua (second chance)
Apabila orang melukakan perasaan kita, perkara yang pertama yang melintas fikiran kita ialah untuk membalas dendam.
Tetapi, Tuhan memberikan kita belas kasihan dan Mikha 7:18-19, adalah sikap belas kasihan Tuhan kepada kita.
Mikha 7:18-19 18 Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi. 19 Dia akan kembali mengasihani kita, Dia akan menginjak-injak kesalahan kita. Engkau akan membuang segala dosa kami ke laut yang dalam.
Tuhan kita adalah Tuhan yang baik.
Dia akan mengasihani kita dan meninjak-injak kesalahan kita, dan membuangkan segala dosa kita ke lautan dalam.
#3: Berpengasihan bermakna kita melakukan yang baik kepada mereka yang kita benci.
Ini adalah bertentangan dengan pola pemikiran dunia.
Lukas 6:36 36 Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan.
Ayat yang sebelumnya (ayat 35) Adalah berkenaan dengan mengasihani dan berbuat baik kepada musuh kita dan orang yang menyakiti hati kita.
Adalah berkenaan dengan meminjam wang kepada orang (dengan tidak mengharapkan apa-apa).
Adalah berkenaan dengan berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang yang zalim.
Kita diperingatkan untuk mengasihi orang yang tidak kita suka seperti, musuh, orang zalim dsb.
Lukas 6:36 (AVB) 36 Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan.
#4: Berpengasihan bermakna kita berbuat baik kepada mereka
yang menyinggung kita, supaya injil diberitakan.
Kita haruslah lebih fokus kepada memenangi jiwa orang lain kepada Kristus daripada kita memenangi dengan hujah-hujah kita atau “debate” kita.
Yudas 1:22-23 22 Amalkan sikap belas kasihan kepada orang yang kurang yakin. 23 Berusahalah menyelamatkan orang daripada api. Namun demikian, tunjukkan belas kasihan sesama manusia dengan gentar. Bahkan bencilah pakaian mereka yang dinodai oleh hawa nafsu duniawi.
Kita menginjili dengan penuh belas kasihan tetapi kita lakukan semua ini dengan kebenaran di dalam Yesus Kristus, dan menyelamatkan mereka daripada api kehancuran.
#5: Berpengasihan bermakna kita membina jambatan kasih kepada mereka yang dipandang rendah.
Ini adalah “intentional mercy” ataupun “belas kasihan yang dilakukan dengan sengaja.”
Kita lakukan ini kepada:
Kepada mereka ditindas,
Kepada mereka dikeji,
Kepada mereka dianiaya,
Kepada “rejects of society”,
Kepada “orang yang ditolak oleh masyarakat”
Kepada mereka “orang buangan” atau “outcast”.
Kepada mereka yang tidak popular.
Apabila orang farisi mempersoalkan mengapa Yesus makan bersama dengan pemungut cukai, Iaitu orang yang dipandang rendah oleh orang Yahudi pada ketika itu Kerana pemungut cukai adalah terkenal dengan penipuan dan orang yang berdosa..
Yesus menjawab di dalam Matius 9:13 bahawa Tuhan menghendaki belas kasihan, bukan korban sembelihan. Maka Dia datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang yang berdosa.”
Ini adalah pernyataan Yesus yang dia petikkan dari Hosea 6:6
Yesus mengajar mereka bahawa apa yang Allah inginkan adalah
belas kasihan dan bukan korban sembelihan. Kita harus membina jambatan kepada mereka yang dipandang rendah. Kepada mereka yang berdosa.
Cara pemikiran Alkitab adalah bertentangan dengan pola pemikiran dunia. Kita memerlukan pertolongan Tuhan.
Kita membantu orang yang di dalam kesedihan.
Kita memberikan orang lain peluang yang kedua dan seterusnya.
Kita melakukan yang baik kepada mereka yang kita benci.
Kita berbuat baik kepada mereka yang menyinggung kita.
Kita membina jambatan kasih kepada mereka yang tidak popular.
Inilah kunci yang ke 5 yang menukarkan paradigma pemikiran kita dan minta pertolongan Tuhan untuk memberikan kita kebijaksanaan yang murni.
Sebagai pengakhiran, sesi ini dengan berdoa Yakobus 3:17. Mari kita berdoa:
DOA:
Tuhan, terima kasih, atas Firman mu. Hari ini, kami minta pertolongan Tuhan untuk kami menukarkan pola pemikiran kami daripada keduniaan kepada yang berasal dari syurga.
Supaya kami bersifat murni,
Supaya kami mencintai kedamaian,
Supaya kami lemah lembut dan ramah-tamah.
Supaya kami bersikap belas kasihan serta mengamalkan segala jenis perbuatan baik.
Supaya kami tidak bersikap berat sebelah dan tidak munafik atau bertalam dua muka.
Dan supaya kami mampu melakukan semua itu, dengan pertolongan Roh Kudus.
Terima Kasih Tuhan, inilah doa kami.. Di dalam nama Yesus Kristus, Amen.
Yakobus 3:17 Sebaliknya, apabila seseorang memiliki kebijaksanaan yang berasal dari syurga, maka dia bersifat murni, mencintai kedamaian, lemah lembut dan ramah-tamah. Dia juga bersikap belas kasihan serta mengamalkan segala jenis perbuatan baik. Dia tidak bersikap berat sebelah dan tidak munafik atau bertalam dua muka.
Matius 9:13 Kajilah erti ayat ini: ‘Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban sembelihan.’ Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa.
Soalan Renungan:
1. Apa yang anda faham tentang 3 sebab mengapa kita harus menunjukkan sifat belas kasihan?
2. Apakah diantara 5 langkah praktikal yang anda rasa perlu diperbaiki dalam hidup anda secara peribadi? Kongsikan.
Elder Ann WK
Comments