top of page

Bersatu Hati Mengalahkan Musuh (Masalah)

Hakim-Hakim 5:2-3, 9, 31 (BM)

Pujilah TUHAN! Pahlawan Israel bertekad untuk berperang; rakyat rela berjuang. Dengarlah, hai raja-raja! Perhatikanlah, hai para penguasa! Aku akan bernyanyi dan bermain muzik bagi TUHAN, Allah Israel. Aku bangga dengan para panglima Israel dan dengan rakyat yang rela berjuang. Pujilah TUHAN! Semoga semua musuh-Mu, ya TUHAN, mati seperti Sisera; tetapi semoga sahabat-Mu megah seperti suria di angkasa! Kemudian negeri itu aman selama empat puluh tahun.


Pengajaran/Refleksi

1. Apa yang dapat kita pelajari daripada Firman Tuhan pagi ini adalah, umat TUHAN bersatu hati untuk melawan musuh mereka. Para pahlawan bertekad untuk berperang dan rakyat jelata rela untuk berjuang.

2. Selain daripada itu, Deborah menyanyikan nyanyian bagi Allah yang berbunyi: "Pujilah TUHAN! Semoga semua musuh-Mu, ya TUHAN, mati seperti Sisera; tetapi semoga sahabat TUHAN megah seperti suria di angkasa!"


Siapakah yang dapat melawan TUHAN, Yang Maha Kuasa? Begitu juga dengan umat yang percaya kepada Tuhan Maha Kuasa pasti akan mendapat kemenangan. Lihat dalam Roma 8:31: Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita?


Doa

TUHAN, berkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada. Kiranya Engkau memberi kemenangan bagi setiap daripada segala masalah atau persoalan dalam kehidupan kami. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Commentaires


bottom of page