top of page

Bersedih


Anda juga boleh gunakan renungan ini sebagai renungan harian atau digunakan untuk melakukan discovery bible study secara peribadi atau bersama dengan teman-teman kita di dalam atau di luar kelompok sel.


5 langkah untuk kita melakukan DBS:


S.O.A.R.S

  • Scripture (Firman Tuhan untuk hari ini)

  • Observation (Pemerhatian kita tentang firman Tuhan hari ini)

  • Application (Apa yang boleh kita aplikasikan di dalam hidup kita)

  • Response (Doa kita di dalam meresponi firman Tuhan)

  • Sharing (Siapa yang boleh kita kongsikan firman Tuhan ini)


Hidup kita di dalam dunia ini bukan senang, kerana kita hidup di dalam dunia yang “broken”, yang hancur.


Sejak daripada kejatuhan Adam dan Hawa ke dalam dosa,

  • dunia yang kita hidup sekarang ini bukanlah yang sempurna.

  • Cuaca tidak sempurna.

  • Tubuh kita tidak sempurna. Kita akan dijangkiti virus dan penyakit dsb

  • Ekonomi dunia tidak sempurna kerana ketamakan manusia.

  • Perhubungan tidak sempurna

  • Perhubungan suami-isteri tidak sempurna


Oleh itu, di dalam hidup kita, kita tentu akan menghadapi kekalahan dan kekecewaan. Tidak ada yang terkecuali.


Persoalannya, bagaimana kita boleh bangkit mengatasi masalah kita? Rise up above our problems.


Matius 5:4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.


Apakah yang terlintas di dalam fikiran anda, apabila Yesus mengatakan bahawa kita yang bersedih akan diberkati?

Berkat Tuhan di dalam kesedihan kita, ialah kita akan mendapat penghiburan.


Matius 5:4 (AVB)

Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.


Sebelum kita bermula, kesedihan yang saya bicarakan di sini adalah menyentuh tentang 2 jenis kesedihan:


Yang pertama - kesedihan kita tentang dosa

Kita patah hati dan menyesal tentang perbuatan dosa kita.


Yang kedua - kesedihan kita tentang hidup yang kita alami,

seperti kehilangan seseorang yang kita kasihi.


Pengkhotbah 3:1,4 1 Bagi segala sesuatu ada musimnya, dan bagi sesuatu apa pun di bawah kolong langit ada waktunya. 4 ada waktu untuk menangis, ada waktu untuk ketawa; ada waktu untuk meratap; ada waktu untuk menari.


Alkitab mengatakan ada masa kita untuk bersedih dan ada masa untuk kita bersuka-cita.

Tuhan mengatakan bahawa hidup kita adalah tidak akan penuh dengan sukacita setiap waktu sahaja, tetapi ada masanya kita bersedih.


Persoalannya, bagaimana Tuhan memberkati orang yang bersedih?


#1: Allah akan membawa kita dekat kepadaNya.

Di dalam kesedihan kita, Tuhan akan membawa kita dekat kepadaNya.


Mazmur 34:18 Tuhan merapati orang yang patah hati dan menyelamatkan orang yang menyesal.


Tuhan sentiasa rapat dengan orang yang patah hati.

Inilah berkat Tuhan apabila kita di dalam kesedihan.


Ibrani 13:5b …. “Aku tidak sekali-kali akan meninggalkanmu. Aku tidak sekali-kali akan membiarkanmu.”


Tuhan tidak akan meninggalkan kita dan membiarkan kita.

Di dalam kesedihan kita, kita harus sedar bahawa Tuhan ada bersama dengan kita. Rapat dan dekat dengan kita.


Berkat Tuhan di dalam kesedihan, ialah untuk membawa kita kepadanya.


Mazmur 34:18 (AVB)

Tuhan merapati orang yang patah hati dan menyelamatkan orang yang menyesal.


Ibrani 13:5b (AVB)

…. “Aku tidak sekali-kali akan meninggalkanmu. Aku tidak sekali-kali akan membiarkanmu.”


#2: Allah akan bersedih dengan kita.


Kita mempunyai kemampuan untuk bersedih kerana kita diciptakan di dalam imej Tuhan. Kita bukan binatang yang tidak mampu bersedih.

Di dalam kesedihan kita, Tuhan akan bersedih dengan kita.

Di dalam Yohanes 11:33, apabila Yesus melihat Maria menangis dan semua orang Yahudi yang bersamanya, turut mengalirkan air mata, Yesus sungguh hiba dan terharu.

Di dalam terjemahan lain, apabila Maria menangis, hati Yesus tersentuh dan Yesus juga mula menangis kerana Dia mengasihi Lazarus.

Kesedihan adalah bukti kasih.

Yesus menangis, kerana dia mengasihi Lazarus.


Hari ini, ketahuilah bahawa Tuhan mengasihi kita, sebab itu Tuhan akan bersama dengan kita.


#3: Allah memberikan kita keluarga Tuhan


Hidup kita bukanlah bersendirian. Kita memerlukan teman-teman seiman di dalam kesedihan kita. Gereja dan Cell Group adalah tempatnya.

Roma 12:5,10,15 5 begitu jugalah kita yang ramai ini, semuanya anggota satu tubuh dalam Kristus, dan saling memiliki. 10 Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan; 15 Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis.

Kita saling mengasihi, menghormati, bergembira dan menangis.

Kita memerlukan keluarga Tuhan. Tuhan akan sediakan.


Roma 12:5,10,15 (AVB)

5 begitu jugalah kita yang ramai ini, semuanya anggota

satu tubuh dalam Kristus, dan saling memiliki.

10 Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan; 15 Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis.


#4: Allah menggunakan kesedihan untuk pertumbuhan kita.


CS Lewis pernah mengatakan, Tuhan berbisik di dalam kegembiraan kita, tetapi Tuhan berteriak di dalam kepahitan kita.

Roma 8:28 Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya.

Di sini kita lihat, di dalam semua hal, Tuhan bekerja untuk kebaikan kita, termasuk di dalam kesedihan kita.

kesedihan dan kesusahan yang kita alami adalah sedetik tetapi ia akan membawa kita ke kemuliaan yang tanpa bandingannya.

(2 Korintus 4:17-18)

Tuhan kita adalah Tuhan yang baik.


Roma 8:28 (AVB)

Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya.


#5: Allah menggunakan kesedihan untuk kita membantu orang lain.


Jangan kita membazirkan pengalaman kesedihan dan kepahitan kita.

Tuhan boleh menggunakan kesedihan dan kepahitan kita untuk memberkati orang lain.

Tuhan mahu kita berpaling fokus kita daripada masalah kita kepada memberkati orang lain.


Paulus mengatakan :

2 Korintus 1:4 Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah.


Inilah Tuhan kita.

Tuhan mahu menghiburkan kita di dalam kesedihan supaya kita mampu menghiburkan orang lain yang mengalami yang sama.

Panggilan hidup kita adalah lebih besar daripada kehidupan diri kita sendiri.


2 Korintus 1:4 (AVB)

Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah.


Jadi saudara, jikalau kita sedang mengalami kesedihan, Tuhan mengatakan diberkatilah kita, kita akan dihiburkan. Bukan dengan penghiburan manusia, tetapi sumber penghiburan datang daripada Tuhan sendiri.


Kita telah sama-sama belajar, beberapa cara di mana Tuhan memberkati kita di dalam kesedihan.


Inilah kunci berkat yang kedua, apabila kita sedih, Tuhan yang akan menghiburkan kita. Tuhan kita adalah Tuhan yang baik.


DOA

Tuhan, terima kasih atas firman mu. Hari ini, kami telah mempelajari “beautitudes” yang kedua, iaitu kami diberkati apabila kami bersedih dan kami akan dihiburkan. Kami minta campur- tangan Tuhan di dalam


kesedihan kami supaya kami dihiburkan.

Supaya kami dibawa dekat dengan Tuhan

Supaya kami mendapat belas kasihan Tuhan

Supaya Tuhan menyediakan keluarga Allah untuk kami.

Supaya karakter kami bertumbuh

Supaya kami mempunyai kekuatan untuk memberkati orang lain yang memerlukan penghiburan,


Di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa. Amen.


Soalan Renungan:

1. Ceritakan satu momen yang menyedihkan dalam hidup anda. Dari sana apa yang anda pelajari dan berkat yang anda alami dalam kesedihan anda?

2. Daripada 5 point “Bagaimana Tuhan memberkati orang yang bersedih”, yang manakah paling relevan dengan anda? Kenapa?


Elder Ann WK

Comments


bottom of page