top of page

Berserah Hanya Pada Jagaan Tuhan


“..Aku serahkan diriku kepada jagaan-Mu. Engkau akan menyelamatkan aku, ya TUHAN, Allah yang setia.....” Maz 31:6


Pemazmur menceritakan tentang keyakinan dirinya atas penjagaan Tuhan sewaktu dia menghadapi berbagai ancaman daripada musuh-musuhnya. Dia mengatakan bahawa Tuhan adalah penaung dan pembela bagi dirinya, tempat bagi dia bernaung.


Pemazmur merasa selamat berada didalam nanung Tuhan oleh itu dia menyerahkan seluruh kehidupannya kepada penjagaan dan bimbingan Tuhan. Dia tahu bahawa tempat perlindungannya ada didalam Tuhan.


Dengan itu dia berserah hanya kepada penjagaan Tuhan didalam hidupnya bagi keselmatannya, sebab Tuhan melebaskan dirinya daripada perangkap yang dipasang oleh mush-musuhnya bagi dirinyan.


Walaupun musuh-musuh pemazmur berusaha untuk mengancam dirinya namun dalam Tuhan hidupnya selamat. Oleh itu pemazmur meletakkan seluruh keyakinan hidupnya hanya kepada Allah


dengan keyakinan yang dimiliki pemazmur maka dia berdoa kepada Tuhan agar Tuahn membebaskan dirinya daripada setiap masalah yang sedang dihadapinya.


Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih kerana menjadi gembala bagi kehidupan saya, saya berterima kasih kerana menjaga dan memlihara kehidupan saya. Oleh kerana kehadiran mu dalam hidup saya, ketenang saya alami. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

コメント


bottom of page