1 Samuel 7:1-3 (BM)
Kemudian penduduk Kiryat-Yearim mengambil Tabut Perjanjian TUHAN dan membawanya ke rumah seorang yang bernama Abinadab; rumah itu terletak di atas bukit. Mereka mentahbiskan Eleazar anak Abinadab untuk menjaga Tabut Perjanjian. Lama juga Tabut Perjanjian TUHAN berada di Kiryat-Yearim, kira-kira dua puluh tahun. Selama itu segenap umat Israel berseru minta tolong kepada TUHAN. Samuel berkata kepada umat Israel, "Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia dengan sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret. Serahkanlah diri kamu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdilah kepada Dia sahaja. Barulah Dia akan membebaskan kamu daripada kuasa orang Filistin."
Pengajaran/Refleksi
Setelah Tabut Perjanjian berada bersama umat-Nya di rumah Abinadab, mereka mentahbiskan anaknya, Eleazar, untuk menjaga Tabut tersebut selama kira-kira dua puluh tahun. Selama itu, segenap umat-Nya berseru minta tolong kepada TUHAN.
Samuel berkata kepada umat TUHAN, "Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret, serta serahkan dirimu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdikan kepada-Nya sahaja. Barulah TUHAN membebaskan kamu dari kuasa musuh."
Jika anda mahu TUHAN menolong anda untuk membebaskan diri daripada beban, masalah, sakit-penyakit dan sebagainya, anda harus berserah kepada TUHAN sepenuhnya dan mengabdikan diri hanya kepada-Nya sahaja. Barulah TUHAN akan mendengar doa dan menolong anda atau kita.
Doa
Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya menyerah sepenuhnya dan mengabdikan diri kepada-Mu sahaja. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments