“…Sucikanlah aku, maka aku akan menjadi bersih; basuhlah aku, lalu aku akan menjadi lebih putih daripada salji…” Mazmur 51:9
Apakah yang pemazmur minta daripada Tuhan sewaktu dia sedar bahawa dia telah melakukan pelanggaran-pelanggaran terhadap Tuhan? Dia memohon kepada Tuhan agar Tuhan membersihkannya daripada dosanya dengan hisop sehingga dia lebih putih daripada salju.
Hal ini bermaksud “..mengampuni dosanya, dan membiarkan dirinya mengetahui bahwa dosanya telah diampuni, supaya dia dapat memperolehi kembali hak-hak istimewanya, yang tadinya telah hilang oleh karena dosa...”
Sebab untuk mengalami penyucian daripada Tuhan, pemazmur perlu bertobat dan mengaku dosa-dosanya dan menyerah kepada Tuhan. Sebab hanya Tuhan sahaja yang dapat mengampuni dan membersihkan dirinya daripada dosa-dosanya. Dengan datang kepada Tuhan dan mengakui dosanya maka Tuhan akan mengampuni dan membersihkan dirinya.
Pertobatan yang sejati menyebabkan Tuhan mengampuni dan membersihkan dirinya daripada dosa-dosanya, sebab pengampunan Tuhan itu adalah sempunrna. Oleh itu seseorang yang telah bertobat daripada dosa-dosanya akan mengalami penyucian daripada Tuhan secara peribadi.
Hati yang sudah di bersihkan oleh Tuhan, akan bebas daripada segala tuduhan-tuduhan iblis dan persekutuan dengan Tuhan dipulihkan kembali. Sebab dia telah bertobat dan mengakui segala dosa-dosanya kepada Tuhan.
Oleh itu apakah yang anda ridukan didalam hidupnya hari ini, atau apakah yang anda inginkan daripada Tuhan untuk lakukan bagi diri anda?
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan membersihkan saya daripada segala kejahatan dan dosa-dosa saya, saya mengakui bahawa saya berdosa dihadapanMu. Memohon pengampunan daripadaMu didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
תגובות