“…Bersukacitalah, hai kamu semua yang tulus, kerana apa yang telah dilakukan TUHAN. Ingatlah akan perbuatan Allah yang suci, dan bersyukurlah kepada-Nya...” Mazmur 97:12
Pemazmur mengajak agar semua orang yang tulus hati (orang benar) supaya sentiasa bersukacita didalamNya, karena apa yang telah dilakukan oleh TUHAN didalam hidup mereka, dengan mengingatkan segala perbuatan Tuhan yang suci dan bersyukur kepada-Nya.
Pemazmur mengkehendaki supaya semua orang yang tulus hati menyatakan sukacita mereka didalam pujian dan pengucapan syukur mereka kepada Tuhan, dengan menyanyikan syukur bagi nama-Nya yang kudus. Sebab dasar pengucapan syukur mereka kepada Tuhan adalah sukacita.
Sukacita merupakan dasar kekuatan kehidupen seseorang yang telah bersatu dengan Tuhan, sebab salah satu buah Roh Kudus didalam kehidupan seseorang yang percaya kepada Tuhan adalah sukacita. Dan sumber sukacita seseorang yang percaya adalah bersatu dengan Tuhan.
Oleh itu marilah kita bersukacita oleh kerana apa yang Tuhan telah lakukan didalam kehidupan kita secara peribadi pada hari ini dan bukan bersukacita oleh kerana melihat kejatuhan seseorang didalam dosanya. Sebab seorang yang percaya kepada Tuhan, dia sangat membenci akan dosa.
Dengan itu bersukacitalah sentiasa didalam Tuhan, karena kita sudah hidup bersatu denganNya.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Engkau mengajar saya untuk terus bersukacita, oleh kerana apa yang Engkau telah lakukan didalam hidup saya selama ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments