Pujilah TUHAN! Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi. Siapakah dapat menceritakan perbuatan besar yang dilakukan TUHAN? Siapakah dapat memuji Dia dengan secukupnya?...” Mazmur 106:1-2
Mazmur ini menceritakan tentang sejarah kebaikan Allah ke atas kehidupan bangsa Israel yang tidak terhitung banyaknya. Walaupun mereka sering kali membangkitkan kemarahanNya, namun kebaikan Tuhan ke atas hidup mereka terus untuk selama-lamanya. Sebagai orang yang beriman terhadap kebaikan Allah memiliki kerinduan hatinya untuk terus bersyukur.
Sikap yang bersyukur kepada Tuhan merupakan kehidupan orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Tuhan. Oleh itu apakah yang dimaksudkan oleh pemazmur dengan kata “..bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi..”.
Kata “..bersyukurlah kepada Tuhan..” ini memberi erti “..berterima kasih kepada Tuhan atas kebaikan-Nya yang telah ditunjukkan kepada kita melalui banyak hal. Ia baik dan untuk selama-lamanya kasih setia-Nya.
Selain itu kata “..bersyukurlah kepada Tuhan..” ini juga memberi erti “..memberi kemuliaan kepada-Nya atas kebesaran-Nya, keperkasaan-Nya, bukti dari kekuatan-Nya yang mahakuasa, yang telah dipakai-Nya untuk mengerjakan hal-hal besar yang tidak dapat tertandingi.
Untuk mengucap syukur kepada Tuhan merupakan kewajiban setiap diri kita terhadap kebaikan-Nya, sebab Tuhan tidak menuntut apa-apa yang daripada kita tetapi yang Tuhan tuntut daripada kita hanya penyerahan hidup kita kepadaNya, sebagai persembahan yang hidup bagi Tuhan.
Oleh itu, marilah kita bersyukur kepada Tuhan sebagai respon kita terhadap kebaikan Tuhan didalam kehidupan kita selama ini. Sebab Tuhan sangat baik kepada hidup kita, Dia menyediakan segala yang kita perlukan, Dia melindungi kita daripada serangan kuasa yang jahat, Dia juga mengamouni segala pelanggaran-pelanggaran kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kepadaMu kerana Engkau Tuhan yang sangat baik kepada hidup saya, oleh kerana Engkau saya dapat nikmati hidup ini dengan baik. Oleh itu saya memuji namaMu,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments