Pemazmur menceritakan tentang kasih setia Tuhan yang tidak ada kesudahanNya dan hanya Dialah yang layak untuk menerima segala pujian semua orang. Pemazmur mengulangkan frasa “..bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi...” berulang-ulung.
Ingat sekiranya sesuatu frasa itu sentiasa berulang-ulang beberapa kali oleh pemazmur maka hal itu merupakan hal yang sangat penting bagi diri kita untuk diamalkan setiap waktu, demikian juga kita tidak boleh mengabaikan hal itu hanya begitu sahaja tetapi kita perlu menjadi hal itu sebagai pegangan didalam hidup kita secara peribadi.
Itulah sebabnya pemazmur sentiasa mengulangi frasa (perkara yang sama) didalam bahagian mazamur ini berulang-ulang, dengan berkata “...bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi. Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi; kasih-Nya kekal abadi....” Mazmur 136:1-2
Apa yang pemazmur inginkan bagi kita amalkan didalam hidup ini adalah agar kita sentiasa bersyukur kepada Tuhan tanpa berhenti. Sebab sikap yang sentiasa mengucap syukur kepada Tuhan merupakan sikap yang paling penting yang perlu kita tanamkan didalam kehidupan kita sebagai seorang yang mengenal Tuhan.
Oleh itu pemazmur menyenaraikan beberapa perkara yang menyebabkan umat Tuhan harus bersyukur kepada-Nya sentiasa didalam hidup ini, adalah kerana Tuhan telah melakukan banyak keajaiban besar didalam hidup mereka, kerana ciptaanNya yang luarbiasa, kerana pembebasan yang Dia telah lakukan terhadap umat-Nya dan sebagainya.
Dengan itu pemazmur mengajar kita pada hari ini supaya kita juga sentiasa mengucap syukur kepada Tuhan didalam hidup ini, kerana kita telah menerima banyak kebaikan Tuhan didalam hidup kita selama ini, oleh itu kita perlu bersyukur kepadaNya sentiasa.
Sikap yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan membuat kita tidak akan jatuh didalam ketidakpuasan, ketamakan, kesombongan dan kangkuhan dan sebagainya. Sebab sikap yang bersyukur sentiasa ini akan menyebabkan diri kita tahu bahawa segala yang kita alami didalam hidup ini adalah datang daripada Tuhan.
Persoalannya adalah apakah anda miliki hati yang sentiasa bersyukur pada hari ini?
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agr Engkau memberikan saya hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu dalam segala perkara. Sebab hati yang bersyukur adalah bukti bahawa saya meletakan Engkau yang terutama, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments