top of page

Bertahan Dalam Pencubaan


1 Samuel 1:4-6, 8 (BM)Tiap-tiap kali Elkana mempersembahkan korban, dia memberikan satu bahagian daging korban itu kepada Penina dan satu bahagian kepada setiap anaknya. Walaupun Elkana sangat mencintai Hana, Elkana memberi dia satu bahagian daging sahaja, kerana TUHAN tidak memberikan anak kepadanya. Hana selalu disakiti hati dan dihina oleh Penina, madunya itu, kerana TUHAN tidak memberikan anak kepada Hana. Setiap kali pula suaminya Elkana akan bertanya kepadanya, "Hana, mengapa menangis? Mengapa tidak mahu makan? Mengapa selalu bersedih? Bukankah aku lebih berharga bagimu daripada sepuluh orang anak lelaki?"


Pengajaran/Refleksi

Firman Tuhan hari ini mengajar kita:

  1. Untuk belajar bersabar seperti Hana yang selalu disakiti hati dan dihina oleh Penina kerana dia tidak ada anak, meskipun Elkana sangat mencintai dia.

  2. Suaminya Elkana selalu melihat dia menangis dan bertanya kepadanya, "Hana, mengapa menangis? Mengapa tidak mahu makan? Mengapa selalu bersedih? Bukankah aku lebih berharga bagimu daripada sepuluh orang anak lelaki?"


Mungkin saat ini saudara dan saudari sedang disakiti ataupun dihina oleh orang lain. Ingat bahawa Tuhan melihat semuanya dan pasti Dia akan masuk campur dalam kehidupanmu. Berserahlah kepada-Nya, mohon pertolongan daripada-Nya dan yakin bahawa Dia akan membantu dan membebaskanmu daripada segala masalah. Haleluya!


Doa

Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page