top of page

Bertanya Kepada Tuhan dan Turuti Perintah-Nya


2 Samuel 5:22-25 (AVB)

22Kemudian sekali lagi orang Filistin mara dan tersebar di Lembah Refaim.23Daud pun meminta petunjuk daripada TUHAN, dan Dia menjawab, “Jangan maju, tetapi buatlah lingkaran mengelilingi mereka dari belakang, dan seranglah mereka dari arah yang berhadapan dengan pokok-pokok kertau itu.24Ketika engkau mendengar bunyi derap langkah di atas pokok-pokok kertau itu, bertindaklah cepat, kerana saat itu TUHAN telah maju mendahului engkau untuk mengalahkan pasukan orang Filistin itu.” 25Daud pun melakukan seperti yang diperintahkan TUHAN kepadanya. Maka dia mengalahkan orang Filistin dari Geba ke jalan masuk menuju Gezer.


Pengajaran/Refleksi

Saudara dalam Tuhan, apakah saudara pernah bertanya kepada TUHAN sebelum melakukan apa-apa dalam kehidupanmu? Raja Daud sentiasa bertanya kepada TUHAN sebelum melakukan segala sesuatu. Dalam pembacaan kita hari ini, Raja Daud bertanya kepada TUHAN, apakah dia harus menyerang orang Filistin di Lembah Refaim atau tidak?


TUHAN menjawab, "Jangan serang mereka dari sini. Tetapi berjalanlah mengelilingi tempat ini dan seranglah mereka dari belakang, dekat pokok-pokok kertau. TUHAN akan berjalan di hadapan Raja Daud untuk mengalahkan tentera Filistin." Raja Daud menurut perintah TUHAN maka TUHAN memberi kemenangan kepadanya.


Marilah kita belajar daripada Raja Daud yang sentiasa bertanya kepada TUHAN dan menuruti perintah TUHAN sebab itu adalah kunci kemenangan yang TUHAN berikan kepada kita.

Halleluya dan amen!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page