top of page

Bertanyalah Kepada Tuhan Dalam Segala Perkara



2 Samuel 2:1-4 (AVB)

        1Setelah itu, Daud meminta petunjuk daripada TUHAN, katanya, “Adakah aku harus pergi ke mana-mana satu kota Yehuda?” Firman TUHAN kepadanya, “Pergilah.”Lalu tanya Daud, “Ke manakah harus aku pergi?”Firman-Nya, “Ke Hebron.” 2Maka pergilah Daud ke sana dengan kedua-dua orang isterinya, iaitu Ahinoam, orang Yizreel, dan Abigail, balu Nabal, orang Karmel. 3Daud juga membawa orang yang menyertainya, masing-masing dengan keluarganya. Lalu mereka tinggal di kota-kota Hebron. 4Kemudian datanglah orang Yehuda, dan mereka melantik Daud di sana sebagai raja atas keturunan kaum Yehuda. Apabila Daud diberitahu demikian, “Orang Yabesh-Gilead yang memakamkan Saul,”


Pengajaran/ Refleksi.

1. Daud bertanya kepada TUHAN, "Adakah TUHAN menghendaki aku pergi menguasai salah sebuah kota di Yehuda?" "Ya," jawab TUHAN. "Kota yang mana?" tanya Daud. "Hebron," jawab TUHAN.

2. Setelah TUHAN menjawab “ya” atas pertanyaan Daud, maka Daud pun pergi ke Hebron dan membawa kedua-dua isterinya dan anak buahnya dan semua keluarga mereka, lalu menetap di kota Hebron dan di sekitarnya. Setelah itu, orang Yehuda datang ke sana dan mengadakan upacara pelumuran minyak, dan melantik Daud menjadi raja Yehuda.


Mari kita belajar daripada kehidupan Daud, yang sentiasa bertanya kepada Tuhan sebelum melakukan sesuatu perkara. Tuhan akan menjawab sesuai kehendak-Nya seperti yang dilakukan Tuhan kepada Daud. Ini penting, supaya kita tidak melawan kehendak Tuhan dalam kehidupan kita. Halleluya dan amin!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami supaya kami sentiasa bertanya kepada-Mu ya TUHAN dalam setiap apa yang kami lakukan. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page