top of page

Bertindak Dalam Ketepatan Masa Tuhan


Daniel 1: 21Maka Daniel tinggal di sana sampai tahun yang pertama zaman pemerintahan Raja Kores.

Daniel 6: 28Daniel ini berkedudukan tinggi pada masa pemerintahan Darius dan pada masa pemerintahan Kores, orang Parsi.

Daniel 9: 2APada tahun yang pertama dalam zaman pemerintahannya itu, aku, Daniel, mengamati dalam kitab-kitab bahawa menurut firman Tuhan kepada Nabi Yeremia jumlah tahun sebelum berakhirnya keruntuhan Yerusalem ialah tujuh puluh tahun.


Daniel ketika dia menangkap hati Tuhan, dia tidak berdiam diri namun terus bertindak untuk menyampaikan perkara ini kepada Raja Kores.


Ezra 1:1APada tahun pertama zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, Tuhan menggerakkan hati Kores, raja Parsi itu, untuk memenuhi firman Tuhan yang disampaikan oleh Yeremia. Lantas raja itu menulis perisytiharan dan menyiarkannya di seluruh kerajaannya. Demikianlah bunyinya: 2B"Beginilah titah Kores, raja Parsi, 'Tuhan, Allah semesta langit, mengurniakan segala kerajaan di bumi kepadaku dan Dia menugaskan aku untuk membina sebuah bait bagi-Nya di Yerusalem, di Tanah Yehuda.


Daniel berhasil mempengaruhi Raja Kores untuk membawa umat Tuhan keluar dari perhambaan dan menggenapi perintah Tuhan untuk kembali ke Yerusalem di tanah Yehuda.


Hari ini, Tuhan sedang mencari hamba-Nya yang mengamati firman dan bertindak pada kairos Tuhan membawa bangsa yang tertindas ini keluar dari perhambaan dosa. Apakah ada yang mahu menggalas tanggungjawab ini?


DOA: Bapa, gerakkanlah hati orang pilihan-Mu menggenapi Kairos-Mu hari-hari ini agar terjadinya transformasi di bangsa ini. Amen


Comments


bottom of page