top of page

Bertindak Menurut Kehendak Tuhan, Bukan Menurut Kehendak Manusia


Teks

Hakim-Hakim 20:18, 22, 26, 35 (BM)

Umat Israel pergi ke tempat ibadat di Betel dan bertanya kepada Allah, "Suku manakah yang patut mula-mula menyerang orang Benyamin?" TUHAN menjawab, "Suku Yehuda."


Oleh sebab kekalahan itu, umat Israel pergi lagi ke tempat ibadat dan menangis di hadapan TUHAN sehingga malam. Mereka bertanya lagi kepada Allah, "Haruskah kami berperang lagi dengan orang Benyamin, saudara kami itu?" TUHAN berfirman, "Ya." Oleh itu semangat orang Israel bangkit semula dan mereka mengatur barisan mereka seperti pada hari pertama.


Sekali lagi umat Israel pergi ke Betel dan menangis di hadapan TUHAN. Mereka berpuasa di sana sehingga malam. Mereka mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN dan korban untuk menyenangkan hati TUHAN.

TUHAN memberi umat Israel kemenangan atas tentera Benyamin. Pada hari itu umat Israel membunuh 25,100 orang askar Benyamin.


Pengajaran/Refleksi

  1. Sebelum melakukan apa-apa, bertanyalah kepada TUHAN, dan bertindak sesuai kehendak-Nya.

  2. Umat Tuhan harus bertanya kepada Tuhan yang Maha Kuasa apakah mereka dapat meneruskan perbuatan mereka atau berhenti di situ. Jika Tuhan menjawab ya, maka mereka akan teruskan rencana atau peperangan mereka. Mereka harus meminta dengan hati yang hancur di hadapan Tuhan dan berpuasa terlebih dahulu. Tuhan akan memberi kemenangan kepada umat-Nya.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami, supaya bertindak menurut kehendak-Mu. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comentarios


bottom of page