top of page

Bertaubatlah dan Buanglah Berhala yang Ada Padamu

Hakim-Hakim 10:10-16 (BM)


Kemudian umat Israel berseru kepada TUHAN. Mereka berkata, “Kami telah berdosa terhadap-Mu, ya Allah, kerana kami meninggalkan Engkau lalu menyembah dewa-dewa Baal.” TUHAN menjawab umat Israel, “Orang Mesir, Amori, Amon, Filistin, Sidon, Amalek, dan Maon telah menindas kamu pada masa yang lalu, dan kamu telah berseru kepada-Ku. Tidakkah Aku menyelamatkan kamu daripada kuasa mereka? Tetapi meskipun begitu, kamu masih juga meninggalkan Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang Aku tidak mahu menyelamatkan kamu lagi. Pergilah minta tolong kepada dewa-dewa yang telah kamu pilih itu. Biarlah dewa-dewa itu menyelamatkan kamu apabila kamu dalam kesusahan." Tetapi umat Israel berkata kepada TUHAN, "Kami telah berdosa. Lakukanlah apa saja kepada kami, asal Engkau menolong kami hari ini.” Kemudian mereka membuang semua patung berhala, lalu menyembah TUHAN. Maka Dia pun terharu melihat kesusahan yang dialami oleh umat Israel.


Pengajaran/Refleksi

Pertobatan yang sungguh adalah kunci, Allah mendengar seruan kita.


1. Kita harus berseru kepada Allah mohon pertolongan daripada-Nya, dan jika kita telah berdosa terhadap-Nya, kita harus mengaku dosa kepada-Nya mohon pengampunan.

2. Jika dalam kehidupan saudara masih ada sesuatu yang saudara sembah, ia harus dibuang daripada kehidupan saudara, dan sembahlah TUHAN yang Maha Kuasa dan yang hidup. Maka Dia akan terharu melihat kesusahan yang sedang saudara alami dan Dia akan membebaskan saudara.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami bertobat dengan sesungguhnya. Hamba berdoa kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page