top of page

Betapa Baiknya Bersyukur kepada Tuhan


“…Alangkah baiknya bersyukur kepada-Mu, ya TUHAN, menyanyi untuk memuji Allah Yang Maha Tinggi, mengisytiharkan kasih-Mu pada setiap pagi, dan kesetiaan-Mu pada setiap malam, dengan iringan alat muzik yang bertali, dan dengan iringan kecapi.....” Mazmur 92:1-4


Mazmur ini merupakan peringatan kepada kita tentang pekerjaan penciptaan Tuhan dan keberistirahatnya Tuhan setelah pencitaan. Pada hari istirahat ini kita diajak untuk memuji Tuhan sebagai hari pengucapan syukur kita kepada Tuhan ke atas kasih-Nya pada pagi hari, dan kesetiaan-Nya pada malam hari.


Oleh itu pemazmur mengajak dan mendorong setiap kita untuk menyanyi untuk memuji Allah Yang Maha Tinggi, mengisytiharkan kasih-Mu pada setiap pagi, dan kesetiaan-Mu pada setiap malam, dengan iringan alat muzik yang bertali dan kecapi, sebab hal ini merupakan yang sangat baik.


Memuji Tuhan merupakan pekerjaan yang sangat baik bagi setiap kita, untuk menyanyikan kesyukuran kita kepada TUHAN. Sebab memuji Tuhan dengan bersyukur kepadaNya adalah sesuatu kewajiban bagi setiap kita bagi mengisytiharkan kasih-Nya pada setiap pagi, dan kesetiaan-Nya pada setiap malam.


Pemazmur berkata kepada kita bahawa bersyukur dan memuji adalah sangat baik, karena bersyukur dan memuji Tuhan adalah sifat yang menyenangkan hati Tuhan bahkan menguntungkan diri kita secara peribadi.


Oleh itu marilah kita terus mengucapkan syukur kepada Tuhan dengan mengisytiharkan kasih-Nya pada setiap pagi, dan kesetiaan-Nya pada setiap malam, dengan iringan alat muzik yang bertali dan dengan iringan kecapi, sebab hal ini sangat baik untuk kita secara peribadi.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kepadaMu atas kebaikanMu ke atas hidup saya, terima kasih Tuhan kerana kasih setiaMU yang tidak berkesudahan dalam hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page